Monday, 18 July 2016

Penutup Kem Fasa Akhir Pencak Silat Selangor SUKMA 2016

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam, bersamaan 17 Julai 2016 merupakan hari terakhir Kem Fasa Akhir Kontinjen Pencak Silat Selangor SUKMA Sarawak 2016 bertempat di Dewan Tempur Seksyen 6 Shah Alam yang telah dijalankan selama hampir seminggu. Kem kali ini lebih menitik beratkan latihan persediaan mental, aktiviti release tension, sesi heart-to-heart dan latihan persediaan fasa akhir teknik untuk silat olahraga dan seni. 


Sebagai penutupan kem kali ini, telah diadakan Majlis Rasmi Bersama Presiden PESAKA Selangor sebagai memberi penghormatan terakhir Tn Presiden, Tn Haji Sulleh Udin untuk memberi kata-kata perangsang dan semangat buat semua atlit yang terlibat dalam kejohanan tersebut. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Cikgu Rafee (Naib Presiden PESAKA Selangor), En. Hasrin (Setiausaha PESAKA Selangor), En. Kamarul Azam Sampol (Bendahari PESAKA Selangor), En. Khaidir (Sponsor), Cikgu Nazri (Pengurus Pasukan), dan barisan jurulatih Cikgu Zul dan Cikgu Habizan. Majlis bermula sekitar jam 1 tengahari.

Berikut adalah tentatif serba ringkas majlis tersebut :

1) Kata-kata dan amanat terakhir dari Tn Presiden, Tn Haji Sulleh
- Penyampaian Tali Leher Merah kepada Pengurus Pasukan, Cikgu Nazri
- Penyerahan Keris kepada Jurulatih (Cikgu Zul dan HBO)
- Penyampaian Sandang Langkah Pendekar kepada 'Ikon' Terpilih (Adam)
- Penyampaian Topi PSSGM Cikgu Sulleh kepada Fitri Masan

2) Penyerahan pakaian sponsor dan wang saku
- Windbreaker disampaikan oleh En. Khaidir (Sponsor)
- Penyerahan cenderahati (Baju Selangor) dari PESAKA kepada En. Khaidir
- Wang Saku / Elaun disampaikan oleh Tn Presiden kepada semua atlit
- T-Shirt Sponsor dari Sabak Bernam disampaikan oleh Cikgu Rafee
- Penyerahan cenderahati (Baju Selangor) dari Team Selangor kepada PESAKA (Ckg Sulleh & Rafee)

3) Tayangan Video oleh Tn Presiden

4) Sesi bersalaman antara atlit-atlit dan barisan AJK PESAKA Selangor dan Jurulatih

5) Jamuan Makan di Rawsha Restaurant Seksyen 7 Shah Alam bersama PESAKA Selangor

Barisan atlit berbaris mengadap VIP yang hadir

Majlis bermula

Tn Haji Sulleh memulakan slot kata perangsang beliau

Penyerahan Keris kepada Jurulatih

Penyerahan Tali Leher Merah kepada Pengrus Pasukan

Penyerahan Sandang Langkah Pendekar kepada 'Ikon' terpilih saudara Adam

Penyerahan Topi PSSGM Tn Haji Sulleh kepada saudara Fitri Masan

Penyerahan Windbreaker (Sponsor) kepada Ckg Zul - Head Coach

Penyerahan Windbreaker (Sponsor) kepada Ckg Habizan - Coach Seni

Penyerahan Windbreaker (Sponsor) kepada Ckg Nazrul - Asst Coach Seni

Penyerahan Windbreaker (Sponsor) kepada Ckg Nazri - Pengurus Pasukan

Penyerahan Windbreaker (Sponsor) kepada barisan atlit

Penyerahan cenderahati dari pihak PESAKA kepada En Khaidir (Sponsor)

Penyerahan Wang Saku / Elaun kepada semua atlit

Semua atlit selesai menerima beberapa persalinan yang disponsor oleh En. Khaidir dan MSD Sabak Bernam

Penyerahan cenderahati oleh Team Selangor kepada Tn Presiden PESAKA Selangor

Penyerahan cenderahati oleh Team Selangor kepada Tn Naib Presiden PESAKA Selangor

Sesi bersalaman antara atlit dan AJK PESAKA Selangor dan Jurulatih

Jamuan Makan di Rawsha Restaurant Seksyen 7 Shah Alam

Bersama Tn Presiden

Bermenukan Nasi Arab

Alhamdulillah. Selesai saja sesi mentekedarah buat atlit yang tiada masalah berat dan yang lain, kami terus bergegas pulang ke MSN. Menunaikan solat Zuhur dan menanti kehadiran Tn Pengurus Pasukan untuk sesi taklimat akhir berkaitan pergerakan atlit semasa hendak bertolak pada awal pagi Rabu 20hb nanti. Berikut adalah sedikit catitan yang sempat dibuat :

Flight Pergi (20 Julai) :
9.25 pagi - Flight Depart to Kuching
7.25 pagi - Berada di KLIA
Sebelum Subuh - bertolak ke KLIA untuk mengelakkan jem orang pergi kerja
4.00 pagi - dah bangun dan bersiap-siap
Hari Selasa (2pm) - Semua atlit dikehendaki untuk berada di MSN

Flight Balik (30 Julai) :
Depart : 2.35pm (Kuching)
Arrive : 4.30pm (Kuching)/6.00pm (KLIA)

Max hanya 3 BEG saja dibenarkan bawa :
2 Beg Besar MAX 40kg (Untuk penambahan berat : RM72 utk setiap 3kg)
1 Beg Kecil (Sandang) MAX 8kg

Barang-barang yang perlu dibawa :
IC / Passport
Pakaian dalam
Barang Keperluan Diri
Ubat-Ubatan (Declare)
Kenal pasti atlit yang 'Datang Bulan' utk bersedia lebih awal (PIL Sesunggut)
Pakaian (T-Shit) - 6 Helai :
2 T-Shirt KEM
1 T-Shirt MSN
3 T-Shirt Baru Di Beri
1 T-Shirt Kemeja MSN (akan diberi di Sarawak)
Uniform Silat FULL
Windbreaker
Seluar Silat bawa 2 helai
Kasut yang diberi SUKSES
Kasut untuk Training / Warm Up
Selipar

Pakaian untuk hari bertolak (Rabu) :
Track Suit 
Baju Kem Merah + Track Top

Elaun yang akan diterima :
RM40 sehari x 10 hari = RM400
Jika Menang EMAS - Diberi On the spot RM300 oleh pihak PESAKA


Tiket flight - Me (NazrulAzam/Aliasaa)

Tiket Flight - Coach Zizan (Rosazizan/Rosli)

Selesai saja taklimat tersebut, Tn Pegurus memberi satu borang nama dan no tel waris untuk diisikan oleh semua atlit dan copy tiket flight turut diedarkan untuk setiap sorang menangkap gambarnya sbg simpanan. Majlis bersurai dan semua atlit dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga untuk mendapatkan restu ayah bonda dan keluarga mereka sebelum mereka berjuang di Sarawak nanti. Mereka diminta untuk kembali ke MSN pada hari Selasa tengahari.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...