JOM! Tunaikan Zakat Fitrah 1437H

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Tahun ini lagi sekali berpeluang menunaikan zakat fitrah sendiri atas titik peluh sendiri bekerja. Zakat fitrah untuk Selangor dan WP Kuala Lumpur tahun ini nampaknya maintain seperti tahun lepas, RM7. Dan kali ini aku bayar di kaunter sekitar Masjid India masa tengah sibuk mencari songket dan baju kurta raya. Dan kali ini juga aku buat pembayaran menerusi saluran MAIWP. Bila fikir-fikir balik sebenarnya aku sepatutnya bayar menerusi MAIS sebab aku mencari rezeki di Selangor bukan WPKL. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, kita diafdalkan untuk tunaikan zakat fitrah di tempat kita mencari rezeki sebab semua rezeki yang kita cari di tempat tersebut ada bahagian fakir miskin yang duduk di kawasan itu. Mungkin pengajaran untuk aku supaya tak diulangi untuk tahun-tahun mendatang. InsyaAllah.


Jom kita revise sikit ilmu umum berkaitan zakat fitrah. Mana tahu boleh jadi sumber rujukan untuk tahun-tahun akan datang.

Kaedah pembayaran Zakat Fitrah :

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” 
- Riwayat Muslim -
Kadar Fitrah :

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu-waktu untuk menunaikan Zakat Fitrah :

1. Waktu WAJIB
- Apabila terbenam matahari 30 Ramadhan hingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu PALING AFDAL
- Sebelum solat sunat Hari Raya.

3. Waktu SUNAT
- Sepanjang bulan Ramadhan.

4. Waktu MAKRUH
- Selepas solat sunat Hari Raya hingga terbenam matahari 1 Syawal.

5. Waktu HARAM
- Selepas terbenamnya matahari 1 Syawal. Hukumnya berdosa dan WAJIB ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya dilengah, maka akan bertambahlah dosanya.

Sumber : Zakat Selangor

So, agak rasa nak yang afdalnya pembayaran boleh la bangun awal pagi raya datang masjid awal untuk tunaikan zakat. Tapi jangan lupa jamah makanan dulu sebelum gerak ke masjid. Sunat tu. Dan banyak lagi sebenarnya sunat pagi raya ni. Antarnya mandi sunat hari raya, pakai pakaian baru dan wangi-wangian, sarapan sebelum keluar rumah, jalan kaki ke masjid/surau, ikut laluan yang berbeza pergi dan balik dari masjid/surau dan banyak lagi.

Di kesempatan ini juga aku nak menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf zahir dan batin andai ada salah silap terkasar bahasa tergurau tak kena sepanjang perkenalan sama ada dalam dunia blogging, alam maya mahupun realiti. Sesungguhnya aku juga seorang insan yang lemah dan hina. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Eid Mubarak!

Wallahualam.

Comments