Latihan Pusat Fasa Akhir SUKMA 2016 - Team Selangor

Assalamualaikum w.b.t.

Pada hari Khamis malam Jumaat (14/7) yang lalu, slot latihan pusat fasa akhir diisi dengan aktiviti brainstorming cheers dan lagu sorakan yang akan digunakan sepanjang SUKMA nanti. Dipecahkan kepada 5 group yang diketuai oleh seniors. Diberi masa lebih kurang 45 minit dan diminta untuk membentangkan / mempersembahkan di depan semua barisan jurulatih. Hasil dari kritikan dan komentar barisan jurulatih beberapa sorakan dipilih dan digabungkan menjadi satu. [ To watch recorded full LIVE video - Klik SINI ]







Dan pada Jumaat malam (15/7) pula dijalankan sesi simulasi akhir untuk kategori silat seni. Dihadiri oleh barisan juri yang akan menjurikan pertandingan silat seni pada kejohanan silat SUKMA nanti. Aktiviti bermula sekitar jam 9.00 malam dan berakhir sekitar jam 12.00 pagi.

kata-kata semangat dari Haikal (LO Pencak Silat Selangor) sebelum simulasi dimulakan

Simulasi akhir bermula!

Tunggal Putera Selangor - Syafiq

Tunggal Putera Selangor Senior (Jemputan) - Azam Mokhtar, Juara Kebangsaan 2016

Regu Puteri Selangor - Sarah, Farah, Shasha

Regu Putera Selangor - Alif, Amierul, Haziq

Barisan silat olahraga, memberi sokongan untuk team silat seni

Selesai simulasi, semua kategori seni diberi kritikan oleh semua barisan juri yang hadir 

barisan juri - Ckg Zul, Ckg Dian, Ckg Liza, Ckg Khairil, Ckg Fahmi

Komen aku? Simulasi kali ini jauh lebih baik dari simulasi sebelum ini. Cuma dari sudut kemantapan tu agak kurang mungkin disebabkan terlalu padat latihan dan tak cukup masa recovery. Apa pun wishing you all the best for the upcoming game. Jaga berat. Jaga momentum. Jaga hubungan. Jaga diri. Jaga Iman.

Wallahualam.

Comments