Kejuaraan Silat Kebangsaan ke-17 berakhir


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Tanggal 12hb Oktober 2013, berlangsung sudah Majlis Penutupan Kejuaraan Silat Kebangsaan kali ke-17 yang telah diadakan selama hampir seminggu bermula dari 7hb Oktober tempoh hari bertempat di Stadium Tertutup Komplek Sukan Terengganu, Gong Badak. Keputusan penuh pungutan pingat keseluruhan telah menyenaraikan Juara Keseluruhan kejuaraan jatuh kepada Negeri Pahang. Naib Juara jatuh kepada negeri Perak dan negeri Selangor mengungguli tempat ketiga keseluruhan. Alhamdulillah.

Berikut adalah keputusan penuh untuk acara SILAT SENI :

**********

Keputusan Penuh SILAT SENI Kejuaraan Silat Kebangsaan ke-17, Terengganu.

Solo Kreatif Putra
1. PERAK 216
2. WPKL 211
3. TERENGGANU 205

Solo Kreatif Putri
1. PAHANG 219
2. TERENGGANU 203
3. WPKL 190

Jurus Tunggal Putra
1. PAHANG 452
2. NEGERI SEMBILAN 447
3. PERAK 444

Jurus Tunggal Putri
1. PAHANG 453
2. SELANGOR 449
3. TERENGGANU 442

Ganda Putra
1. PERAK 537
2. PAHANG 529
3. WPKL 517

Ganda Putri
1. PAHANG 532
2. PSSGM 515
3. TERENGGANU 505

Regu Putra
1. PAHANG 460
2. WPKL 447
3. SELANGOR 446

Regu Putri

1. PAHANG 445
2. TERENGGANU 443
3. SELANGOR 442

**********

Alhamdulillah. Walaupun latihannya tak seberapa namun Selangor masih berjaya mencuri 3 pingat dalam acara silat seni. Dan untuk pertama kalinya warga UHBO berhimpun dan bertanding walau panji berbeza tapi matlamatnya tetap sama yakni merebut gelaran JUARA. Tahniah kepada yang berjaya. Yang kurang ber’nasib baik’, kita sama-sama lah pohon kepada-NYA, supaya peluang kita dibuka untuk kejohanan-kejohanan mendatang.

Team SILAT SENI Selangor

Namun, disebalik selesainya kejuaraan kali ini dengan ‘jaya’nya pelbagai persoalan timbul. Dan yang paling hangat diperkatakan oleh ‘otai2′ dan majoriti kontinjen2 negeri sekarang ialah mengenai ketelusan dalam pengadilan untuk acara silat seni. Not to comment anything. Cuma kita sama2lah berdoa memohon agar golongan2 yang terlibat supaya diberi petunjuk oleh-NYA. Doa orang yang teraniaya insyallah dimakbulkan.

By the way, suka untuk aku berkongsi beberapa helaian memori sepanjang berada di sana.

IIUM Silat Team yang terlibat dengan Kejuaraan Kebangsaan kali ni.
Bangun awal pagi kayuh ke Stadium dari rumah sewa. Hanya kami berempat yang celik. Haha.




Barisan penyorak-penyorak tegar Selangor.

Regu Putra dan Putri Selangor with coaches


Bergambar sementara menunggu giliran. Tapi sayangnya, kategori seni malam pertama tak sempat nak bergambar. Huhu

Bergambar setelah selesai kategori SILAT SENI malam kedua.

Alhamdulillah, first time merasa dikalungkan pingat di atas podium untuk kejuaraan kebangsaan. Misi tercapai!

All my REGU-mates. Haafiz-Hanif-Nash-Azam

GOLD Medalists SELANGOR! Congratz.

Team SELANGOR 2013!!
 
Bergambar sebelum balik. Di Teluk Ketapang.

Kebetulan setelah selesai jer kejuaraan tempoh hari, masih ade berbakikan dua tiga hari sebelum sambutan Hari Raya Aidil Adha, aku dan adik aku mengambil peluang bersiar-siar sekitar Kuala Terengganu dengan di tour guide oleh Haafiz. Penat jalan sana sini, sebelah malamnya yang mana pada mulanya rancang nak book hotel setengah bintang (murah), tetiba Haafiz offer untuk tidur di teratak beliau. Dalam hati cakap, "YESSSS!!, Jimat duit aku. Hahaha". Alhamdulillah, sempat bersembang-sembang dengan ayah dan mak Haafiz. Tengok adik bongsu beliau Haziq yang tak berapa nak kenal abang sulung die sebab selalu sangat tak balik rumah. Haha. Lets the pictures describe everything.

Di sekitar Masjid Terapung.

Mandi-manda di air terjun di sekitar kawasan rumah Diqin. Sejuk giler bak ang!

Baru habis solat terus selfie. Segan pulak nak suruh orang lain snapkan. Haha.

Di rumah Haafiz, Kg Wakaf Mempelam.

I-City Kuala Terengganu.

Tepi pantai Teluk Ketapang.

Diqin baru sampai KT dari UIA, terus layan kerenah kitorang. Haha. Thanks bro!

Di Bukit Besar, tempat training atlit SUKMA Terengganu. Hehe.

Malam pertama di rumah Haafiz. Malam kedua book bajet hotel di sekitar Setiu kalau tak silap. Dan bertolak pulang sehari sebelum Aidil Adha. Alhamdulillah, perjalanan yang dilindungi. 5 jam dari KT ke KL. Kenangan yang best.  Setakat ni jer permusafiran kami di bumi Terengganu.

By the way, TAHNIAH! lagi sekali kepada yang berjaya. Wallahualam.

Comments