Tuesday, 13 September 2016

Meraikan Aidil Adha di KL 1437H

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah selesai sudah kita menyambut Hari Raya Qurban untuk tahun ini. Dan biasalah yang ketara berbezanya sambutan untuk perayaan Qurban ialah akan penuh dia semua ruangan media massa gelagat masing-masing bergambar bersama lembu atau kambing yang bakal diqurbankan di tempat masing-masing. Syukur juga tahun ini kami berpeluang berhimpun kesemua anak beranak walau tak sama waktu. Al-maklum, giliran beraya hari pertama untuk abang aku pertama dan kedua memang berbeza. Maknanya kalau tahun ini abang pertama beraya di sini, abang kedua pula akan beraya di rumah mertuanya untuk hari raya pertama. Begitulah sebaliknya. Kebetulan pulak adikku yang hampir setahun mendirikan rumah tangga dan sudah pun bercahaya mata mengikut giliran yang sama seperti abangku yang sulung. Dengan kata lainnya, akan ada satu ketika raya pertama kami akan meriah dengan kehadiran anak buahku (anak abang sulung) yang empat orang iaitu Ikhlas, Ayyash, Arham dan Akhyar dan anak adikku Faateh Muayyad. Dan akan ade juga satu ketika raya pertama kami tanpa mereka kerana giliran mereka bertandang di rumah mertua masing-masing pula.

Ok. Untuk suasana perayaan Qurban kali ini agak meriah walau suasananya tak berapa nak ada. Meriahnya sebab kehadiran anak buah yang hyper active. Suasana tak berapa nak ada sebab untuk pertama kalinya kami meraikan perayaan Qurban di rumah Ukay Perdana, KL. Seperti biasa malam raya tak macam suasana orang nak beraya sangat. Sebab duduk kat rumah UK ini apartment. Takde halaman nak main bunga api atau bakar lemang.

Dan di sebelah paginya kami bangkit seawal jam 600 pagi dan tunaikan solat subuh. Mak macam biasa rutin pagi raya iaitu siapkan hidangan untuk dijamah lepas balik dari solat eidul adha nanti. Ingat ye! Raya Qurban disunatkan untuk makan selepas balik dari solat. Tapi nak kata amalan sunat untuk pagi raya ini banyak sebenarnya. Mandi sunat raya, pakai baju baru, pakai wangian, pergi dan balik dari masjid ikut laluan yang berbeza, dll. Sama je dengan amalan untuk Raya Puasa. Cuma bezanya makan sebelum dan selepas solat raya saja. Rasanya semua dah sedia maklum. Saja kabo sini untuk yang masih terpinga-pinga. Hehe.

selesai solat raya sementara orang lain bersalaman, kita berwefie kejap..

dipintu masuk surau..

lembu-lembu yang menunggu untuk diqurbankan.. 11 ekor kesemuanya.. 

tiga beradik bersama tiga anak buah kesayangan.. jap.. sorang lagi tersembunyi belakang seat.. haha..

tuu dia muncul sudahh sorang lagii.. Ayyashh.. pantang tengok kamera dorang semua ni..

bersama pacuan empat roda berwarna kuning.. Axia (kereta adik) dan Myvi (my porsche).. 

Faateh Muayyad yang tersangat mengada-ngada.. nak didukung gitu rupa baru tak merengek.. geramm tengok muka diee.. nasib baik bukan anak aku.. haha..

Kami tunaikan solat sunat eidul adha di Surau At-Taqwa Ukay Perdana yang bermula jam 830 pagi. Dan kegiatan qurbannya bermula sekitar jam 945 pagi. 11 ekor lembu dan 11 ekor kambing telah selamat diqurbankan hasil dari sumbangan beberapa pihak termasuk seekor yang disumbangkan oleh kerajaan Selangor yang mana hasil qurbannya telah dipersetujui untuk terus di masak dan dibuat jamuan untuk semua yang hadir. Kami pula? Tahun lepas alhamdulillah berpeluang tengok lembu diqurbankan depan mata. Tahun ini hajat tak kesampaian atas beberapa faktor. Dan sepanjang hari raya pertama eidul adha, kami sekeluarga hanya berada di rumah menanti kunjungan saudara sebelah mak iaitu Acuno, Pak Cik Rahim, Mak Yang, Sarah dan Alif. Dan disebelah lewat petangnya pula baru abang keduaku tiba di sini bersama seorang lagi anak buahku yang dinantikan, Nur Salma. Tapi sayangnya tak sempat nak bersua dengan abang sulungku dan anak-anaknya yang telah bergerak pulang pada tengaharinya.

Alhamdulillah. Selesai meraikan kunjungan mereka hingga jam menunjukkan jam sekitar 5 petang. Aku dan kakakku pula telah merancang untuk keluar basuh kereta dan ke Wangsa Walk untuk survey notebook.

Begitulah sambutan Hari Raya Qurban kami sekeluarga tahun ini. Tak semeriah dulu. Al-maklum, kalau nak diimbas kembali suasana perayaan masa kecik-kecik dulu, memang seronok sangat. Dapat bermain dengan sepupu sepapat saudara mara semua. Tapi sekarang jurangnya dah semakin jauh. Huhu. Apepun aku tetap bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang untuk meraikan Raya Qurban tahun ini bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah.

p/s: tahun ini juga tak berpeluang tangkap gambar beramai-ramai macam biasa tangkap sebab suasana dan logistik tak berapa nak sesuai..

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...