Fenomena Train to Busan

Assalamualaikum w.b.t.

Orang malaysia ni kalau bab parody nombor satu je. Haha. Ini salah satu parody terbaru yang dihasilkan oleh geng yang selalu buat short video lawak. Kalau orang yang selalu tengok video dari akaun fb Malay Vines confirm familiar dengan pelakon parody ni. Cuma ada juga penglibatan sahabat sekuliah ku dulu merangkap teman sekelas, Abudi Alsagoff. Siapa tak kenal profesional parkour yang merupakan duta RedBull dan coach parkour di Dubai. Hebat semua member-member aku. Tak macam aku. Haha. 

Dan sekarang memang tengah hangat dengan cerita Train to Busan, filem korea yang sedang ditayangkan di semua panggung seluruh negara. Ramai juga yang edit gambar poster rasmi Train to Busan dengan isu-isu semasa yang tengah panas di negara ni. Sebagai contoh, bila LRT Rapid KL minggu lepas buat hal. Menyebabkan semua penumpang terpaksa berjalan di atas landasan untuk sampai ke stesen LRT yang mereka nak pergi. Habis penuh poster yang di edit seperti di bawah.


Dan sekarang pula tengah hangat dengan fenomena pokemon GO. Team parody ni boleh kreatif buat short film berkaitan pokemon GO yang diadapatasikan dalam scene Train to Busan. Keterdesakan mereka yang ketagih bermain dengan pokemon GO dengan tiba-tiba handphone mereka kesemuanya kehabisan bateri dan mereka terlalu terdesak untuk mendapatkan POWERBANK. Terdesaknya dorang ini diumpamakan seperti zombie yang mengejar mangsanya. HAHA.


Haa.. Ape lagi? Jemput tonton video di bawah.. 


Rasa post takde faedah pulak. Haha. Sekadar mengupdate isu semasa. :P

Wallahualam.

Comments