Aidil Adha 2017

Assalamualaikum w.b.t

Parah betul mood ambe nak menulis ni. Tahun ini saja baru dua post. Haha. Better ada dari takde langsung. Atau boleh kata tahun ini mungkin tahun menyepi. Walaupun hakikatnya salah satu azamku untuk travel ke sekurang-kurang tiga buah negara telah pun tercapai. Cuma dek masa yang mencemburui, masih tak tercatit dalam laman ini. Huhu.

Apepun, harap tak terlewat untuk aku ucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1438H

Moga segala pengorbanan yang kita tempuhi Allah ganjari dengan nikmat yag setimpal dengannya. Sungguh Allah SWT lebih mengenali dan mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA.

Untuk sambutan keluargaku tahun ini agak suram sikit dek kerana hanya abang keduaku saja yang turut serta di pagi raya di sini. Dengan kata lain hanya kelibat seorang saja anak buah di pagi raya. Tapi alhamdulillah walaupun seorang tapi masih mampu menghidupkan suasana. Telatah dan gelagat si kecil Salma yang tersangat comel. Geram pak uda tengok! Eheyy.

Salma yang sibuk dengan hobi baru dia

sempat 'culik' budak kecik ni untuk bergambar lepas pulang dari solat raya

Disebelah malamnya pula ada mini sambutan birthday kakakku yang dah meningkat tua. Haha. Kebetulan raya haji tahun ini betul-betul jatuh pada tarikh birthday beliau. Selamat meningkat tua ma sista! Dah tuakan? Tak perlu hadiah rasanya. Haha. :P

sambutan ala kadar dengan sajian kek red velvet

Di tengahari hari raya kedua baru lah tiba kelibat keluarga abang sulungku bersama empat orang lagi anaknya. Ikhlas, Ayyash, Arham dan Akhyar. Baru terasa riuh sikit rumah ni bila ada budak-budak bermain dan berkejaran dalam rumah. Bergaduh dan merengek itu normal.

Disebelah petangnya pula kami sekeluarga (kecuali keluarga abang sulung) bertolak pulang ke kampung halaman di Perak. Hajat utama memenuhi undangan majlis akad dan walimah Mak Su (emak saudara) di Taman Bota. Sebenarnya dah dua tahun lebih Mak Su kehilangan suaminya (adik bongsu ayahku). Selama dua tahun ini juga beliau hidup sebagai ibu tunggal membesarkan kedua orang anaknya. Alhamdulillah kedua-dua anaknya kini sedang melanjutkan pengajian di UTP Tronoh Perak. Kakaknya ambil master dan adik lelakinya ambil degree. Mungkin Allah telah aturkan jodoh mereka mempertemukan beliau dengan rakan lama sekolahnya dan akhirnya melangsungkan perkahwinan pada malam hari kedua raya haji. Alhamdulillah. Barakallahu lakuma Mak Su dan pasangan.

majlis akad nikah di dalam rumah

jamuan makan di luar rumah

Selesai saja majlis di Taman Bota, terus kami menuju ke Ipoh untuk bermalam di rumah Mak Yang (kakak sulung emakku). Esok paginya berkesempatan bersarapan di sekitar bandar Ipoh.

bersarapan bersama sepupu dan Wah (gelaran untuk mak sedara). sorang akauntan di AlloyMtd dan sorang lagi engineer di Gadang, anak syarikat MMC Gamuda.

aku.salma.mak

aku.salma

aku

Bergerak pulang ke KL lebih kurang jam 4.00pm selepas memenuhi jemputan jiran sebelah rumah untuk jamuan qurban mereka. Jiran teman sepermainan makku masa beliau kecil dulu. Masing-masing dah ingat-ingat lupa rupa memasing sebab dah lama tak bersua. Al-maklum, balik kampung ini pun dah jarang sejak arwah nenekku meninggal. Seusai mentekedarah selama hampir setengah jam, kami terus berangkat pulang ke KL. 

Punyalah sesak sampai dorang tak bagi berhenti kat R&R. Boleh pulak gitu.

Singgah di R&R Ulu Bernam untuk solat Jamak Qasar dan makan malam. Alhamdulillah selamat tiba di rumah BTP lebih kurang jam 10.30pm.

Wallahualam.

Comments