CINTA Bertepuk Sebelah Tangan

[ MOHON BACA DALAM KEADAAN EMOSI YANG STABIL & POSITIF ] :D

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Masih diberi nikmat untuk menempuhi tahun baru. Selamat tahun baru buat semua sahabat-sahabat. Tahun baru. Azam baru. Alhamdulillah. Azam tahun lepas hampir kesemuanya terlaksana. Cuma tahun ini misi tak seperti tahun lepas. Tahun lepas bak kata orang nak 'all out'. Itu yang sampai ke tiga negara menjelajah, lima gunung ditawan bagai. Haha. Alhamdulillah. Diberi peluang untuk merasai kesemua pengalaman yang aku kira sangat manis bila terkenang kembali saat dan detik itu. Syukur juga aku dokumentasikan kesemua kisahnya di dalam laman ini sekurang-kurangnya bila rindu akan saat itu mampu untuk menyelak kembali helaian memori terdahulu.


Sejak belakangan ini seringkali aku terserempak dengan posting-posting sahabat yang diuji. Yang paling kerap ialah diuji dengan kekecewaan umpama 'cinta bertepuk sebelah tangan'. Kekadang aku terfikir, dengan menghebahkan kisah kekecewaan atau episod penantian kalian menerima cinta seseorang sambil diperhatikan oleh umum adakah mampu membuahkan hasil? Atau mungkin menyebabkan yang berkenaan rasa bersalah dan tampil menerima dalam keadaan hati yang kurang rela. Wahai sahabat-sahabat muslimah sekalian, kerana aku sayang kalian atas dasar sahabat mohon terimalah nasihatku walau aku tahu aku bukanlah yang terbaik untuk memberi kerana tak pernah merasai bagaimana situasi bila berada di tempat kalian.

1. Wahai sahabat kaum hawa, kalian jauh lebih bernilai dari itu. Jangan jatuhkan 'nilai' kalian umpama permata dengan terlalu menumpukan soal kahwin dan sibuk mengharapkan cinta seseorang yang tak pasti hinggakan lupa untuk melebihkan cinta kepada-NYA. Sibukkanlah diri meningkatkan 'nilai' kalian. Allah akan letakkan sesuatu pada tempatnya bila masanya sesuai. Berhentilah kongsikan kisah 'penderitaan' cinta kalian di dalam media sosial untuk menjadi tatapan sahabat-sahabat. Your value are way better than that! I mean it. Nasihat sebagai seorang sahabat. Go find your true color.


2. Pernah aku mendengar cebisan kata-kata nasihat dari seorang umi kepada anak perempuannya dalam satu episod drama melayu mengatakan "Lelaki tak suka didesak." Bila aku fikir kembali, ada betulnya. Lelaki memang tak suka didesak. Lagi-lagi bila desakan itu lagi membantutkan pergerakan mereka untuk membuat sesuatu yang mereka suka. Setiap orang ada perancangan masing-masing. Kepada mereka yang diuji, bersabarlah dalam perjuangan memburu jodoh. Jangan sesekali menaruh harapan yang tinggi, dikhuatiri akan berakhir dengan kekecewaan yang tak terperi. Jodoh bukan segalanya. Go enjoy your life while you still can.

3. Jangan sesekali anggap kebahagiaan itu datang dengan hanya berkahwin. Suka untuk aku nyatakan, setiap insan Allah kurniakan kebahagian dalam bermacam rupa. Ada orang bahagia bila dapat buat perkara yang dia suka. Ada orang bahagia bila berkahwin. Ada orang bahagia bila dapat sambung belajar. Ada orang bahagia bila dapat naik gunung tiap hujung minggu. Ada orang bahagia bila dapat travel ke luar negara sentiasa. Definisi bahagia sangat berbeza untuk semua. Jangan terlalu menyempitkan interpretasi istilah 'bahagia' dengan hanya bila sudah berkahwin dan mendapat anak. Daripada kecewa lambat atau tak diterima, better cuba bahagiakan mak ayah. Dapat juga pahala sekurang-kurangnya. Tak gitu? Hehe.

4. Banyakkan mengadu kepada-NYA. Mungkin ada mereka yang tak senang bila aku katakan lepaskan segala rungutan permasalahan kita kepada Allah. Sebenarnya takde masalah pun nak luahkan kepada sahabat yang kita percayai. Cuma jangan asyik meluah kepada sahabat tapi lupa nak luahkan kepada Allah. Sebab yang jaga dan pelihara hati orang yang kita cintai ialah si DIA. Kita luah kat manusia sampai air mata darah sekalipun tak mampu mengubah apa-apa. Silap-silap hanya pahala free yang mereka terima. Kalau kita luah kepada Allah, air mata yang membanjiri tikar sejadah dan luahan hati ikhlas mempamerkan kesungguhan kalian betul mencintai dia, sekurang-kurangnya kalau Allah kata 'kun fayakun' tak ke terlaksana impian kita? Bukan bermaksud aku suruh pendam segala permasalahan kita. Tapi lepaskan bertempat supaya kita tak menyesal satu hari nanti.

Kekadang ada orang berpandangan mereka yang suka memberi nasihat ini sukar untuk menerima nasihat. Sungguh sempit fikiran. Kekadang kalau betul ingin menasihati seseorang semoleknya ialah secara direct nasihat bukan secara umum. Sebab tahap penerimaan mesej kita berbeza mengikut orang dan keadaan. Silap-silap kalau ada yang terasa dengan post kita tu, dapat dosa free ja. Penulisanku kali ini memang aku tujukan kepada beberapa orang sahabatku yang kini sedang ditimpa musibah dalam misi pencarian jodoh. Aku pohon nasihat dari sahabat-sahabat juga jika adalah kekhilafan diri ini. Apapun aku sentiasa doakan kalian dipertemukan dengan mereka yang selayaknya untuk kalian. Percayalah pada hikmah Allah. Setiap yang terjadi ada sebab musabab. Tinggal kita nak sabar dan ikhtiar atau kita masih dengan luahan 'penderitaan' cinta kita yang sebenarnya mampu menjatuhkan 'nilai' kita sendiri. Mohon maaf andai ada tersilap atau terkeras kata. Sebab aku sayang kalian sebagai sahabat, harap terimalah nasihat ikhlas dariku.

Doakan juga segala perancangan dan urusanku sepanjang tahun ini dilancarkan insyaAllah. :D Amin.

Wallahualam.

Comments