Rumah Selangorku 2016

Assalamualaikum w.b.t.

Disebalik cabaran ekonomi negara yang kian meruncing, tambahan pula dengan kehangatan isu-isu politik tanah air yang secara tak langsung dikatakan mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang ringgit dan kedudukan ekonomi di Malaysia, juga kegiatan-kegiatan yang 'terlarang' hasil tangan orang-orang politik tanah air semakin menjadi-jadi menyebabkan rakyat makin merana dan terbeban dengan kos sara hidup yang terus meningkat. Harga minyak dunia naik, harga minyak Malaysia turut naik. Tapi yang hairannya bila harga minyak dunia dikatakan menurun, takde pulak harga minyak Malaysia menurun. Juga turut terkena impaknya adalah harga barangan keperluan asasi. Meningkat dan terus meningkat. Siapa yang wajar dipertanggungjawabkan? Ekonomi itu sendiri atau orang yang menguruskannya? Hmm.

Apepun syukur alhamdulillah dan terima kasih kerajaan Negeri Selangor atas usaha kalian untuk memastikan hasil kutipan cukai dan pendapatan di negeri ini disumbang kembali kepada rakyat melalui bermacam program dan inisiatif kerajaan negeri yang dirangka untuk kemudahan penduduk di negeri Selangor. Alhamdulillah dan tahniah YB Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Azmin Ali dan barisan kabinet negeri. Antaranya yang nak diketengahkan untuk post kali ini ialah berkaitan program "Rumah Selangorku : Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna".

Rumah Selangorku




Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku.

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan.

3. Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.

4. Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.

5. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.

6. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.

7. Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

8. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.

9. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

sumber : http://www.lphs.gov.my/lphs/

Untuk rakyat Selangor, jom sama-sama daftar. Ambil peluang, jangan asyik nak 'membuang' wang. Hehe. Jangan asyik nak menghentam kerajaan negeri hinggakan usaha mereka dianggap salah satu agenda politik saja. Bukan nak back up kerajaan negeri atau parti PKR, terkadang kita kena belajar untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Asyik berperang ideologi sana sini tapi hakikat untuk memberi yang terbaik untuk rakyat dan masyarakat entah ke mana.

Wallahualam.

Comments