Berdiam diri untuk mengelak perbalahan, Akhirnya memakan diri

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan dan ruang untuk menitipkan sedikit perkongsian pendapat berkaitan senario di laman media sosial zaman sekarang. Makin meniti hari-hari akhir tahun 2016, makin sibuk diri ini dengan kerja yang bertimbun di office. Lama jugak tak berceloteh dalam arena blogging ni. Haha.

Sebenarnya ungkapan seperti di ruangan tajuk post kali ini adalah merupakan perkongsian tweet dari salah seorang sahabatku.

"Berdiam diri untuk mengelak perbalahan, akhirnya memakan diri"

Yes. Totally agree! Di ruang lingkup media sosial tersangat bahaya rupanya bila kita menyibukkan diri di dunia realiti dan mengabaikan dunia virtual ni, macam-macam andaian orang boleh buat hasil dari interpretasi terhadap satu dua ungkapan yang kita titipkan di ruangan status di media sosial. Kalau andaian itu benar mungkin masih boleh terima lagi. Tapi sekiranya ia tak benar boleh membawa kepada fitnah.


Pernah juga bersembang dengan sahabat berkaitan senario ini. Seolah sekiranya berlaku sebarang masalah atau ketegangan dalam kalangan dua atau tiga pihak, kita perlu mention 'satu dunia' satu persatu solusi kita didalamnya termasuk status yang berbaur 'indirect' kepada seseorang. Baru rasanya dapat mengelakkan orang ramai dari dosa fitnah mereka. Kekadang aku merasakan tindakan tersebut sebenarnya lebih mengundang untuk menimbulkan lagi banyak andaian-andaian yang berterusan lagi-lagi bila mana 'interpretor' ini mentafsirkan status kita dalam keadaan emosi yang kurang stabil.

Disebabkan itu, pada aku tak perlu rasanya berkongsikan masalah atau keadaan emosi negatif di dalam ruangan media sosial. Lagi-lagi kalau ada diselitkan unsur sindir-menyindir dan serangan peribadi. Emosi positif tak apa. Spread the positive vibes. Selesaikan secara matang. Kalau ia melibatkan dua tiga pihak, biarlah mereka yang berkenaan saja tahu dan cakna pasal isu ini. Sebab pada aku, mendedahkan keadaan emosi negatif kita di media sosial dalam keadaan kaedah penulisan yang negatif juga boleh memakan diri disamping menyebarkan cas-cas negatif kepada umum. Sama ada tersebar aib diri yang menulis atau mendedahkan aib orang lain. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Lagi-lagi bila kata yang didorongi dengan emosi negatif. Just my two cent. Tak setuju takpe. Tak paksa. Haha.

Dan salah satu advantagenya juga kita dapat kenal macam mana sebenarnya ragam rakan-rakan media sosial kita. Jenis yang support bila tahu seseorang itu ada masalah atau hanya penuh sindiran dan cacian untuk lagi menjatuhkan semangat dia. Apa pun penulisan di media sosial adalah hak masing-masing. Terpulang pada individu tersebut.

Kita dapat lihat keadaan isu semasa sekarang yang mana penuh di dada-dada akhbar dan media sosial mengenai ketidak puas hatian golongan tertentu terhadap pemergian TGHH ke Tehran baru-baru ini. Ada yang menempelak dan mengkritik tindakan beliau yang pergi tak kena pada masanya. Disaat bumi Syria (Aleppo) sedang hangat dengan isu kekejaman tentera Bashar Assad terhadap golongan Muslim Sunni di sana, TGHH memenuhi undangan bersama pemimpin-pemimpin Syiah di Tehran. Macam-macam andaian dikeluarkan oleh semua pihak dari segenap penjuru tanpa mendapat kepastian sebab-musabab dari tuan punya badan terlebih dahulu. Dan di situ bermulalah tersebarnya post-post yang beremosi. Beremosi (tegas) pada aku takde masalah, cuma jangan sesekali lebih kepada sindiran, carutan atau serangan peribadi. Orang up status sindir kita macam sekian-sekian, kita pun balas up status sindir mereka sekian-sekian. Kalau begitu, apa bezanya kita dan mereka? Tak gitu? Disitu juga orang dapat perhatikan perlakuan kita lagi-lagi kalau kita ini merupakan Public Figure. That is why the best way pada aku, kelompok-kelompok yang terlibat perlu berjumpa dan bidas lah antara satu sama lain puas-puas. Dan hasilnya baru boleh cerita pada umum secara pukal (keputusan sebulat suara). Status paling win yang aku suka setakat ini ialah dari Mufti Wilayah, Dato Dr. Zulkifli Al-Bakri. Boleh refer page FB beliau.

Fenomena seterusnya ialah menulis indirect status untuk seseorang sama ada untuk menegur kesilapannya atau memperingatkan seseorang untuk tidak mengulangi kesilapan dirinya. Aku selalu juga memerhatikan bila dalam kalangan rakan media sosial tengah bertegang atas sesuatu isu, pasti statusnya akan reflect the isu. Cuma yang tak moleknya bila mana yang tak berkenaan pun turut menjadi 'minyak' yang lagi memarakkan lagi api pertelagahan. Berkongsi ayat-ayat status deep bertujuan lebih kepada menjatuhkan bukan untuk men'support' rakan media sosial dia yang sedang ditimpa musibah itu. Nauzzubillah. Di sini juga kita dapat lihat siapa yang sebenarnya kawan dan siapa lawan. Wahai sahabat-sahabiah sekalian, ayuh hentikan perbuatan seperti itu. Pada aku takde kematangan langsung dalam isu untuk menyelesaikan masalah. Terkadang kita sibuk mengecam orang dengan status-status deep kita dikhuatiri satu hari nanti Allah akan letakkan kita di dalam situasi yang sama. Just pesanan dari seorang hamba yang lemah.

Lagi satu fenomena di media sosial juga, bila mana kita menulis sesuatu status tanpa ada emoji yang menunjuk mood semasa ianya ditulis akan dianggap seolah status tersebut ditulis dalam keadaan serius siap muka berkerut. Haha. Begitulah lebih kurang senario di media sosial. Waspadalah dalam berkata, berkongsi dan mengkritik. InsyaAllah sekadar perkongsian pandangan.

Wallahualam.

Comments