Aktiviti yang boleh dilakukan semasa PKP

Assalamualaikum w.b.t.

Salam 26 Syaaban 1441H juga merupakan hari ke 33 kita menempuhi musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 ini. Ayuh kita sama-sama doakan semoga rantaian COVID-19 berjaya diputuskan sepenuhnya dan PKP boleh dihentikan secepat mungkin. Ameen!

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah tak sampai seminggu saja lagi kita akan menempuhi bulan Ramadhan. Allahu cepat betul masa berlalu. Bulan yang sangat dinantikan oleh golongan muslim seluruh dunia. Kalau masa muda-muda dulu, bulan ini juga kami adik-beradik berlumba-lumba nak khatam Al-Quran, menu utama berbuka kami sekeluarga yang dipesan mengikut cita-rasa masing-masing ikut giliran hari dan seumpamanya. Namun, untuk suasana bulan Ramadhan tahun ini pasti akan berbeza dari sebelum-sebelumnya. Masjid dan surau di Selangor telahpun diarahkan tutup sehingga 31hb Mei. Sudah pasti tiada lagi solat tarawikh di masjid dan tiada solat hari raya. Di musim PKP ini juga akan membataskan kita untuk menziarahi saudara-mara yang mungkin hanya boleh berhubung secara atas talian sahaja terutama bila tiba musim hari raya nanti. Tiada lagi bazar Ramadhan dibenarkan untuk beroperasi. Makanya, bersiap-siagalah wahai para ibu untuk menyediakan list menu-menu untuk berbuka sepanjang Ramadhan kali ini. Juga untuk para bapa pula, bersiap-siagalah kalian untuk memimpin solat tarawih di rumah. Bak kata Dr. Izhar Ariff, pangkat kalian Allah dah naikkan dari menjadi makmum di surau-surau atau masjid terus menjadi Imam Utama di rumah untuk memimpin keluarga masing-masing.

Alang-alang suka untuk aku kongsikan sedikit perkembangan harian COVID-19 setakat hari ini 19th April 2020.




Syukur alhamdulillah bila lihat kes yang sembuh sudah mula melebihi kes baharu dan kes baharu pula dah masuk hari ketiga tak melebihi angka 100 dalam sehari. Ya Allah, semoga Engkau bantu wira-wira frontliners kami berjuang memutuskan rantaian COVID-19 ini dan sekaligus membuang jauh virus korona ini dari bumi Malaysia khususnya dan dari seluruh dunia secara amnya. Lindungilah mereka dan kuatkan semangat mereka. Insyalllah. Ameen!

Untuk semua rakyat Malaysia, tolonglah akur dan duduk dalam rumah. Banyak sebenarnya hikmah bila Allah wujudkan COVID-19 ni. Yang paling jelas Allah dah bagi peluang kita untuk bersama keluarga. Ambil peluang molek-molek. Yang stuck bersendirian di rumah tu pun kena bersyukur juga. Kalau kita perhatikan ada golongan mereka yang lagi susah dari kita yang duduk di kawasan setinggan, yang tak cukup serba serbi, tanpa elektrik dan TV sebagai hiburan, duk berkira nak masak apa sebab tak punyai bahan makanan yang mencukupi untuk hari-hari mendatang. Allahu, setiap hari seringkali aku melewati laman facebook Ustaz Ebit Lew. Ada lawatan beliau baru-baru ini ke perkampungan orang asli di Pulau Ketam dan kawasan sekitarnya. Memang daif sungguh keadaan mereka. Memang kita di sini patut bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun duduk seorang diri dan terpisah dari keluarga. Sekurang-kurangnya kita masih berpeluang untuk makan dua tiga kali sehari, keluar beli barang keperluan, duit gaji sentiasa masuk untuk mereka yang makan gaji, masih mampu online dan berkomunikasi dengan sesiapa secara atas talian dan seumpamanya. Bersyukurlah guys! Doktor, polis, tentera dan para frontliners yang lain sekarang sibuk buat kerja mereka. Kita pun kena buat kerja kita! Dan kerja kita jauh lagi mudah dan langsung tak berisiko seperti meraka yang terdedah dengan jangkitan COVID-19 kat luar sana.

Suka juga untuk aku kongsikan antara aktiviti yang boleh dilakukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pastinya semasa berada dalam rumah :

1. Membaca dan menghafal Al-Quran


2. Membaca informasi di media sosial dan internet (FB/IG/Twitter)
i. Landskap politik tanah air
ii. Status COVID-19
iii. Isu semasa
Antara yang selalu aku follow : 
Live status COVID-19 dari KP KKM di facebook setiap 5.00pm
Live ngaji dari Ustaz Fakhrul UNIC bersama selebriti jemputan di Instagram setiap 10.00pm
Live bersama Prof. Madya Dato' Dr Izhar Ariff bersama jemputan di Instagram setiap 9.30pm
Live status COVID-19 satu dunia dari Kapten Syibli dari Page Rarecations setiap pagi
Live status COVID-19 dan isu semasa dalam negara dari Fais Al-Hajari setiap 9.00pm
Live bersama PU Azman di Instagram
Dan banyak lagi..

3. Menonton Netflix/Iflix/Youtube


4. Mencuba resipi baru atau yang tak pernah masak boleh belajar masak

5. Kemas rumah

6. Menulis

7. Bersenam

8. Work From Home (WFH)


Dan banyak lagi sebenarnya.

So kawan-kawan semua, ayuhlah kita isikan masa-masa lapang kita menempuhi hari-hari PKP mendatang dengan perkara yang berfaedah dan yang penting persiapan kita nak menempuhi bulan Ramadhan yang tak sampai seminggu saja lagi. InsyaAllah.

Wallahualam.

12.45am
Bandar Botanik Klang

Comments