Isu Pelarian Rohingya

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini sahaja penuh di dada-dada media sosial berkaitan dengan isu pelarian rohingya.

Sumber di bawah adalah hasil penulisan dari saudara Khairul Azri di profile facebook beliau :
(sebenarnya kesemuanya ada 8 point tapi hasil pembacaan aku mendapati ada beberapa point yang mana sumbernya telahpun didelete oleh empunya facebook terbabit. Maka yang tinggal hanyalah point-point yang bersumber sahaja.)

Berikut adalah senarai kenapa posting anti-Rohingya meletup dalam kalangan warganet Malaysia sejak semalam berserta sumber untuk rujukan :

1. Bot warga asing mendarat di sekitar Langkawi, TUDM dan APMM menahan bot pelarian Rohingya dari Bangladesh yang membawa 200-500 pelarian dan diarahkan keluar dari perairan Malaysia berikutan kebimbangan virus Covid19 dan di kala Malaysia sendiri tengah sibuk menangani Covid19, tekanan yang diberikan kepada kerajaan untuk menerima pelarian ini telah menimbulkan ketidaksenangan hati rakyat Malaysia. Dilaporkan 32-60 pelarian telah mati di atas bot yang kemudiannya diselamatkan coast guard Bangladesh.


Sumber : Berita Harian | Bangkok Post | New Straits Times | Frontier Myanmar | Dhaka Tribune

2. Tambahan lagi tekanan yang diberikan kepada kerajaan dilakukan oleh pihak NGO dan ahli politik Malaysia, malah daripada persatuan Rohingya di Malaysia sendiri untuk menerima pelarian ini telah menambahkan rasa ketidaksenangan hati rakyat Malaysia.


Sumber : Free Malaysia Today | FB Peguam PAS - Dulu | Keratan Akhbar | FB Kapt Muhammad Noor Hafiz

3. APMM menahan 2 tekong darat warga Rohingya di utara tanah air yang dikatakan dalang disebalik bot warga asing yang mendarat di Langkawi. Mereka yang digelar sebagai Ejen 'Dallal' mengenakan caj RM15,000 seorang etnik Rohingya untuk masuk ke Malaysia.


Sumber : Sinar Harian | Air Times | Free Malaysia Today | Harian Metro

5. Tersebarnya surat seorang individu berbangsa Rohingya yang bernama Zafar Ahmad yang mengaku sebagai Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM) yang memberi cadangan kepada bekas Menteri Sumber Manusia pada 14 Januari 2020 untuk :

i. Memberikan kebenaran pekerja kepada pelarian Rohingya mengikut sektor pekerjaan yang sesuai dengan mereka kerana tidak ada kebenaran pekerja yang dibenarkan kepada pelarian di Malaysia.

ii. Mewajibkan majikan menginsurankan pelarian Rohingya yang bekerja dengan mereka kerana ramai majikan tidak mengambil insuran untuk pekerja mereka yang tidak mempunyai permit bekerja.

iii. Mengurangkan kos rawatan dan merawat pencari suaka bagi kes berisiko, kerana walaupun selepas mendapat diskaun 50% selepas menggunakan rebet UNHCR, kos ditanggung sepenuhnya oleh pelarian Rohingya kerana majikan tidak mempunyai insuran pekerja. Dan pencari suaka pula terpaksa menanggung kos tanpa diskaun selama 8-12 sebelum mendapat status pelarian.

iv. Tidak menangkap pelarian yang Rohingya yang bekerja atas dasar kemanusiaan.

Di dalam surat itu juga disebutkan bahawa ramai pelarian Rohinya telah dieksploitasi oleh majikan dan bekerja sebagai buruh paksa, tidak dibayar gaji, dipotong gaji secara tidak sah, dipukul, diugut, tiada cuti dan lain-lain.

Untuk rekod, di dalam surat tersebut itu, apa yang menjadi kemarahan netizen adalah apabila ada sepotong ayat yang berbunyi :

" Pelarian Rohingya telah memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan dan ekonomi Malaysia selama 30 tahun mencari perlindungan di Malaysia. Kami akan terus memberikan sumbangan kepada kerajaan Malaysia sehingga kami dapat pulang ke negara asal."

Ramai rakyat Malaysia ternyata tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan mempunyai kerisauan akan tuntutan-tuntutan yang dilihat bermacam-macam. Lebih-lebih lagi ramai di antara mereka hanyalah sekadar pelarian dan pemegang suaka UNHCR.

*Setakat ini belum ada lagi penafian dari MERHROM bahawa surat itu adalah palsu.


Sumber : FB Amir Aiman Akashah

7. Tuntutan bantuan pendidikan untuk anak-anak Rohingya. Pautan berita daripada Ketua Rohingya Malaysia iaitu Zafar Ahmad Abdul Ghani yang berkata, sudah tiba masanya anak-anak Rohingya memasuki sistem pendidikan lebih tersusun.

"Kami lama duduk sini dan tak tahu bila boleh balik Myanmar atau pergi ke negara ketiga nanti.

"Jadi, kami minta rakyat dan kerajaan Malaysia lihat isu pendidikan untuk anak-anak Rohingya. Kami juga minta kerajaan beri kami dokumen supaya boleh bekerja secara sah di Malaysia," katanya kepada BH dan NST di Persidangan Khas Jawatankuasa Rohingya Kebangsaan MRM di Dewan FELCRA Setapak, di sini hari ini.

Permintaan pelarian Rohingya untuk mendapatkan pendidikan buat anak-anak mereka dilihat keterlaluan dan telah menimbulkan rasa tidak senang rakyat Malaysia kerana seolahnya berlebihan meminta daripada apa yang sewajarnya setaraf dengan mereka sebagai pelarian dan pendatang haram.


Sumber : Berita Harian

Maka, hasil daripada kesemua point-point di atas ini telah membuatkan netizen Malaysia mula menyuarakan rasa tidak puas hati apabila menampakkan sikap pelarian Rohingya yang ibarat bila diberi betis nak peha. Dan suka juga untuk aku kongsikan link di bawah untuk pembacaan lebih mendalam berkaitan isu Rohingya dari kaca mata seorang yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kapt Muhammad Noor Hafiz.

Siri 1 : Isu Pelarian Rohingya
Siri 2 : Ringkasan PATI Kad UNCHR Rohingya
Siri 3 : Kupasan artikel Rohingya, UNHCR, NGO dan Kerajaan Malaysia
Siri 4 : Sejarah Pengurusan Pelarian Indo- China

Di pihak penulis sendiri, disebabkan diri ini tidaklah mengikuti secara detail berkaitan isu ini dari awal tetapi secara ringkasnya aku sangat bersetuju dengan pandangan peribadi Captain. Boleh rujuk dalam penulisan Captain Siri 3. Dan hasil pembacaan di medsoc juga aku tertarik dengan penulisan berfakta dan panjang lebar oleh saudara Nor Azizuddin Abdul Manan, Penyelidik Ph.D (Sejarah Politik Malaysia) di profile facebook beliau tentang Kekangan Malaysia dalam mendepani isu pelarian Rohingya. Boleh klik SINI.

[ Segala penulisan berkaitan di atas telahpun diletakkan link post asalnya dan tujuan perkongsian ini lebih untuk mengikuti perkembangan isu semasa dan sekadar simpanan sebagai sumber rujukan di masa mendatang ]

Wallahualam.

2.00am
29 Syaaban 1441H
Bandar Botanik Klang
PKP Hari ke-37

Comments