Kutipan Zakat Fitrah 1441H/2020M semasa PKP

Assalamualaikum w.b.t.

Frequently Asked Question (FAQ) perkongsian dari Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) berkaitan pelaksanaan kutipan zakat fitrah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).








Untuk kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor untuk tahun ini 1441H/2020M pula bak kata CEO Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tuan Haji Saipolyazan Mat Yusop ketika sidang media di Bangunan Zakat Selangor, Seksyen 13 di Shah Alam tadi LZS menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam Selangor tahun ini sebanyak RM7 seorang kekal seperti tahun sebelumnya selaras dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Namun seperti biasa ada galakan bagi mereka yang berkamampuan untuk membayar sebanyak RM14 seorang bagi individu yang memakan beras putih import/beras perang/beras pulut/herba ponni/beras wangi atau RM21.00 seorang bagi individu yang memakan beras basmathi/beras jepun/beras merah. Sumber : Harian Metro

Al-maklum kita berada dalam musim PKP sepanjang Ramadhan kali ini, tanpa solat sunat tarawikh di surau atau masjid, tanpa kegiatan membeli juadah di bazar untuk menu berbuka puasa, tanpa aktiviti membeli baju raya di Jalan Masjid India dan tanpa solat sunat Hari Raya di masjid atau surau, tentu sekali masa akan pantas berlalu tanpa kita sedari. Teringat masa kecil dulu, Ayah selalu bayar zakat sebelum solat sunat hari raya. Masa zaman aku mula berkerjaya sampai tahun lepas pula aku lebih memilih untuk membayarnya dalam bulan Ramadhan sebab takut terlupa. Sama ada semasa shopping baju raya, masa membeli juadah di bazar Ramadhan atau selepas solat Jumaat. Tapi untuk tahun ini mungkin untuk pertama kalinya akan membayarnya secara atas talian. So suka untuk aku ingatkan tentang waktu-waktu untuk menunaikan Zakat Fitrah dan kalau rasa kita ini cepat terlupa bolehlah terus bayar seawal masuk saja bulan Ramadhan nanti insyaAllah.

Waktu-waktu untuk menunaikan Zakat Fitrah :

1. Waktu WAJIB
- Apabila terbenam matahari 30 Ramadhan hingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu PALING AFDAL
- Sebelum solat sunat Hari Raya.

3. Waktu SUNAT
- Sepanjang bulan Ramadhan.

4. Waktu MAKRUH
- Selepas solat sunat Hari Raya hingga terbenam matahari 1 Syawal.

5. Waktu HARAM
- Selepas terbenamnya matahari 1 Syawal. Hukumnya berdosa dan WAJIB ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya dilengah, maka akan bertambahlah dosanya.

Wallahualam.

11.00pm
Bandar Botanik Klang
PKP Hari ke-34

Comments