Sektor yang dibenarkan beroperasi semasa PKP
Assalamualaikum w.b.t.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telahpun meluluskan kebanyakan sektor untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 ini. Dan sektor terbabit adalah seperti di bawah :
Sebenarnya aku tak berapa setuju kerajaan meluluskan beberapa sektor untuk kembali beroperasi semasa PKP ini. Bayangkan setakat 19 April 2020, lebih 56,000 permohonan sudah diterima oleh pihak MITI [Sumber]. Itu baru permohonan sahaja. Kalau satu permohonan melibatkan sebuah syarikat yang mempunyai anggaran jumlah pekerja 2000 orang, maka 50% daripadanya akan dibenarkan bekerja iaitu kurang lebih 1000 orang. Kita bayangkan andainya kesemua atau hampir 56,000 syarikat/permohonan individu diluluskan? Tak ke akan ramai manusia atas jalan. Dan pada masa yang sama Polis dan Tentera masih teruskan sekatan jalanraya (sehingga semalam 835 sekatan jalanraya telah diadakan di seluruh negara), tentu tugas mereka akan menjadi lebih sukar dan akan membuatkan trafik bertambah sesak disebabkan setiap kereta dikehendaki untuk menunjukkan surat kebenaran syarikat/MITI. Belum dikira masa yang diambil oleh pihak Polis untuk memastikan surat dan individu tersebut valid. Pasti akan memakan masa.
Dan ada juga potensi mereka yang dibenarkan bekerja ini untuk melanggar SOP sepanjang tempoh masa bekerja lagi-lagi melibatkan larangan berhimpun beramai-ramai. Netizen Malaysia ini bukanlah semuanya akur dengan arahan PKP. Setakat semalam saja jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP oleh PDRM adalah seramai 17,735 orang. Sebab itu aku lebih runsing andai PKP ini ditamatkan pada 28 April 2020 ini. Kita pun sudah sedia maklum musim perayaan pasti semua orang teringin nak balik kampung atau sekurang-kurangnya menziarahi saudara-mara terdekat. Kalau PKP dilaksanakan, sekurang-kurangnya semua penduduk Malaysia akan tertakluk dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit di mana setiap pelanggaran arahan boleh dikenakan tindakan. Tapi kalau PKP ditarik balik, sejauh mana keyakinan pihak kerajaan dan pihak berkuasa boleh memastikan semua penduduk Malaysia akur dengan arahan dari KKM. Ayuh sama-sama fikirkan.
Apapun aku percaya setiap tindakan oleh pihak kerajaan pasti sudahpun melalui perbincangan yang mendalam oleh semua pihak termasuk KKM untuk memastikan keputusan ini yang terbaik untuk rakyat walaupun ada juga terdetik dalam hati ini akan ada potensi bilangan kes baharu akan meningkat selepas semua sektor ini dibenarkan bekerja kelak. Diharapnya pihak KKM sudahpun pertimbangkan dan bersedia dari semua aspek untuk menempuhinya jika ianya berlaku nauzzubillah. Kepada mereka yang dibenarkan bekerja, tolong pastikan anda mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Disebabkan syarikat aku tergolong dalam industri automotif, maka syarikat kami dan adik-beradiknya telah mendapat kelulusan untuk bekerja dari pihak MITI. Namun syarat utama sebelum kami dibenarkan bekerja adalah setiap pekerja WAJIB untuk menjalankan ujian saringan kesihatan dimana kosnya DIBIAYAI sepenuhnya oleh PERKESO. Dan sekarang pihak syarikat kami sedang menunggu pengumuman senarai klinik dan hospital yang bakal menyediakan perkhidmatan tersebut.
Disamping itu juga, syarikat kami juga telahpun mengedarkan garis panduan dan SOP untuk beroperasi sepanjang PKP, seperti dibawah :
[Versi English]
[Versi Melayu]
Maka tinggallah beberapa hari terakhir bekerja dari rumah sebelum aku kembali berkhidmat di pejabat. Walaupun jarak rumah dan syarikat kurang 10 minit saja, aku tetap berpendirian kerja dari rumah adalah lebih baik. Risiko dijangkiti itu sangat boleh dielakkan. Tapi apakan daya. Diri ini hanyalah seorang individu makan gaji. Arahan syarikat menjadi amanah Allah.
Wallahualam.
3.50pm
Bandar Botanik Klang
PKP Hari ke-36

Comments
Post a Comment