MInat dan Hobi ??

Assalamualaikum.

Fuh~ Setiap hujung minggu jer mesti aku start busy dengan turun latihan silat. Jumaat malam dah kena lapor diri. Macam sekarang ni patutnye aku kene bertolak dah pergi latihan silat 2 hari 3 malam kat Damansara.Tapi still mengadap laptop.Huhu.

Punyalah dah siap-siap nak bergerak keluar dari rumah, tetibe terdetik nak post sesuatu kat blog aku sebelum aku meninggalkannya selam 3 hari. Haha.

Haa. Dalam minda aku sekarang nak berbicara mengenai 'Minat dan Hobi'. Apa bezanya minat dan hobi. Mungkin bile kite dengar secara lahiriah, mungkin ia seakan-akan sama. Tapi aku teringat ade seseorang pernah terang kat aku perbezaan antara Minat dan Hobi. huhu.

Apa yang aku akan beritahu ni ialah ape yang seseorang tu beritahu kat aku. Kalau die tipu aku maknanyer aku tipu korang. Haha.

Hmm. Minat ni adalah semua benda atau perkara yang kita suka lakukan seperti contoh kita minat untuk melukis, memancing, minat seseorang (eh2 tersilap taip..haha :P). Tapi bila kita kata hobi ni benda yang kita minat jugak tapi kita sanggup buat apa sahaja untuk memilikinya.

Ok. Maksudnya di sini sebagai contoh kita minat memancing. Tapi nak beli peralatan memancing tu memerlukan kos yang agak tinggi. Kalau perbuatan memancing tu adalah hobi kita, kita pasti sanggup keluarkan duit banyak mana sekalipun hanya untuk memiliki benda tu. Tapi bila kata minat ni ialah sekadar perkara yang kita suka lakukan tapi kalau tak buat pun takpe. Hmm. Betol ker ape yang aku terang ni. Lebih kurang macam tu la.

Macam aku sekarang boleh kata hobi aku bersilat kot. Mana taknye dalam keadaan duit tengah sesak sekarang ni pun aku masih sanggup keluar pergi latihan silat kat luar hampir setiap hari. Haha. Mula-mula semangat jer pergi naek kereta tapi bila dah lama-lama pikir2 langkah terbaik adalah untuk menunggang moto jek sebab nak jimat kos. Kalau naek keta ni kena bayar duet minyak la minimum RM10, kene bayar tol la, kena bayar servisnya yang cekik darah dan lain2. Tapi kalau naek moto ni takde tol, then minyak pun isi rm5 dah full tank. haha. Tapi kekurengannya bila hari hujan. Memang leceh kalau nak gerak ke mana2. Huhu. Nak harapkan baju hujan pun, bila dah pakai still basah gak baju kat dalam. Huhu. Ape punya baju hujan la.

Ok la. Dah nak bergerak dah ni. Insyallah aku akan ku update dari masa ke semasa jika ada masa terluang sepanjang cuti ni. Woha! Salam.

Comments