Final Exam VS Game Silat Daerah 2011
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, berpeluang juga aku untuk mengutaikan sepatah beberapa kata di laman blog ini setelah hampir beberapa minggu tidak mengupdate apa-apa. Sebenarnya diri ini terasa sibuk sejak dari bermulanya minggu final exam tempoh hari. Memang minggu exam yang agak tension dan tertekan kerana keadaan aku ketika itu berada ditengah-tengah kesibukan mengulangkaji pelajaran dan pada masa yang sama menerima tanggungjawab untuk mempersiapkan adik-adikku, pesilat SMK Sg Pusu untuk menghadapi Kejohanan Pencak Silat MSSD Gombak. Hanya Allah sahaja yang tahu keadaan aku pada ketika itu. Namun, aku tetap berfikiran positif dan menerima kedua-duanya dengan tabah. Alhamdulillah, sekarang kedua-duanya telahpun aku sudahi dengan tenang.
Berkenaan dengan final exam tempoh hari. Alhamdulillah, walaupun diri ini sentiasa berasa tidak bersedia menghadapi exam tempoh hari namun aku berjaya laluinya dengan tenang. Tamatnya final exam paper Calculus II pada 9hb April 2011 tempoh hari menunjuknya tamat sudah pengajian aku untuk semester 2 tahun pertama ni. Sekarang ni sedang menantikan semester pendek yang akan menyusul pada pertengahan bulan Mei. Insyallah, untuk semester pendek nanti, aku hanya mengambil satu subjek iaitu Workshop Technology. Ok, selesai mengenai perihal akademikku.
Berkenaan persediaan adik-adikku, pesilat SMK Sg Pusu menghadapi Kejohanan Pencak Silat MSSD Gombak. Pada mulanya, pemberitahuan mengenai tarikh kejohanan diumumkan agak lewat iaitu lebih kurang 3 minggu sebelum kejohanan dijalankan. Kebanyakan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempersiapkan atlet silat sekolah masing-masing termasuklah SMK Sg Pusu. Tambahan pula, Silat SMK Sg pusu menghadapi sedikit kesulitan mengenai Gurulatih. Namun, aku terasa bertanggungjawab untuk menerajui Silat SMK Sg Pusu sebagai Gurulatih membantu Cikgu Halim dan Cikgu Irwan yang mempunyai masalah kesihatan.
Alhamdulillah, walaupun masa yang ada untuk membuat persiapan hanya 2 minggu lebih, namun Silat SMK Sg Pusu masih mampu untuk menyaingi sekolah-sekolah lain sehingga berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara Keseluruhan dengan memenangi 1 pingat Emas, 4 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa. Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik-adik pesilat SMK Sg Pusu. Kejayaan tempoh hari adalah hasil dari titik peluh dan kerjasama yang kamu semua telah lontarkan semasa saya membawa latihan sepanjang persediaan yang dibuat tempoh hari. Harus diingatkan, kejayaan kali ini bukan bermakna matlamat kita terhenti sampai di sini sahaja. Ini kerana matlamat yang kita hendak kecapi pada tahun hadapan amat tinggi dan memerlukan kita untuk memberi sepenuh komitmen dan kerjasama yang jitu bermula dari tahun ini. Sebelum itu, suka untuk aku kongsikan di sini pemenang-pemenang pingat dari atlet-atlet silat SMK Sg Pusu dibawah seliaan aku.
*******
::Pingat Emas::
-Solo Puteri-
Nurul Fadiah bt. Ismail
::Pingat Perak::
-Solo Putera-
Afiqul Rasyed b. Osman
-Tempur Putera-
Afiqul Rasyed b. Osman
Muhammad Firdaus b. Abdullah
-Jurus Wajib Putera-
Muhammad Asyraf b. Ibrahim
Muhammad Fikri b. Abd Salim
Muhammad Hazim Fahmi b. Bahari
-Muzik Silat-
Muhammad Azamuddin b. Awaluddin
Muhammad Adam b. Halim
Mohd Amier Khusairi b. Rosdi
Amir Aiman b. Mohd Awal
Alif Asyraf b. Hassan
::Pingat Gangsa::
-Tempur Puteri-
Siti A'isyah bt. Jamil
Khaleeda bt. Khairi
-Masal Puteri-
Mira Emylia bt. Mohd Remy
Norshahiza bt. Abd Mutalib
Raudhah bt. Nurdin Muhammad
Nor Dayana Fitreen bt. Mohd Hafiz
*******
Alhamdulillah, syabas dan tahniah sekali lagi. Ini merupakan pengalaman pertama aku membawa pesilat-pesilat ke kejohanan peringkat daerah. Pengalaman pertama juga aku terpaksa menghandle latihan persiapan pertandingan seorang diri. Namun, alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada ex-pesilat SMK Sg Pusu dan gurulatih yang sanggup turun memberi sokongan dan bantuan mengajar adik-adik kita. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada barisan guru penasihat dan pentadbir SMK Sg Pusu yang memberi sokongan dan dorongan sehingga membenarkan pesilat-pesilat membuat latihan intensif pada waktu PnP dijalankan. Syukran.
Kepada yang menang (tak kisah pingat apa sekalipun), jangan terlalu gembira dan bangga dengan kejayaan itu kerana ia takkan berkekalan sekiranya usaha yang diletakkan hanya pada ketika itu sahaja. Untuk menjadi seorang atlet yang berjaya bukan sahaja di peringkat sekolah namun sehingga kebangsaan sekalipun, latihan yang berterusan harus dijadikan satu hobi dan amalan. Semoga kejayaan kali ini mampu memberi satu impak dan anjakan paradigma kepada pesilat SMK Sg Pusu untuk terus bergiat secara aktif dalam kelab silat ini. Dikesempatan ini suka untuk aku tampilkan galeri gambar sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.
..sebelum bertolak..ramai2 mengaminkan doa yang diimami oleh Ustaz Ashraf..
..aku bersama pesilat solo putera, Afiqul..
..bersama pesilat tempur puteri, Aisyah dan Khaleeda..
..bersama Pn Siti Aida dan pesilat Jurus Wajib..
..Masal Puteri..
..memberi kata semangat kepada adik Tempur Puteri Sekolah Rendah..
..pasukan muzik silat..
..orang yang paling sibuk mengenakan pakaian kepada semua pesilat pada hari kejohanan..haha..
..walaupun bukan lagi bergelar warga SMK Sg Pusu, namun kehadiran beliau semasa kejohanan telah berjaya menaikkan semangat pesilat-pesilat kita..
..berhimpun beramai2 mendengar taklimat dan info terbaru..
..Nantikan pasukan kami tahun depan dengan 1 Nekad mengubah Impian jadi Realiti memburu gelaran Juara Keseluruhan..Insyallah..Amiin..
Insyallah, target tahun depan minimum 4 emas untuk bergelar Juara Keseluruhan!! So, siapa pesilat SMK Sg Pusu yang nak berada dalam kalangan bakal pemenang pingat emas ni tahun depan bolehlah start training dari sekarang. Haha. Sekian untuk perihal kejohanan tempoh hari.
Tidak lupa juga untuk aku selitkan satu persembahan silat khas yang dibuat oleh Silat SMK Sg Pusu sempena Majlis Perpisahan Pn. Siti Aida bt. Joned (PK) yang akan meneruskan perkhidmatan beliau sebagai Penolong Kanan di SMK Gombak Setia. Majlis yang dilangsungkan sangat-sangat menyentuh perasaan penulis terutama bila tiba detik beliau berucap untuk kali terakhir di atas pentas. Perkara pertama yang beliau perkatakan adalah mengenai Silat. Memang terharu dan sedih. Sedikit gambar untuk tatapan semua.
..bergambar sebelum membuat persembahan..
..selepas buat persembahan..
..bergambar beramai-ramai untuk kali yang terakhir bersama Pn. Siti Aida..
Rasa-rasanya cukup sekadar ini untuk kali ni. Badan terasa penat dan mata dah mula menunjukkan simptom-simptom ngantuk. Sekian untuk tatapan pengunjung, wallahualam.
yg dpt emas masal putri skowl ne???
ReplyDeleteoooo..
ReplyDeleteyg mng emas dpt wakil gombak kn...
oooo..
ReplyDeleteyg mng emas dpt wakil gombak kn...
Tahniah buat anakanda Nazrul, saya amat berbangga mengenali anda. nazrul dan silat adalah sebahagian daripada kenangan terindah buat saya sepanjang karier saya sebagai guru dan pendidik. Tak pernah menyangka silat begitu sentimental dan akan menjadi satu nostalgia yang amat menyentuh perasaan untuk dibicarakan dan diingati. Apapun, kita punya sejarah tersendiri bersama-sama dengan pasukan silat dalam lawatan ke Bangkok pada 2004 (betul ke tahun tu ? tak sempat nak rujuk....) Teruskan Nazrul!!! Doa cikgu Nazrul akan muncul sebagai ikon silat Negara suatu hari nanti. Keikhlasan Nazrul dalam mengembangkan seni silat warisan dan budaya bangsa MELAYU ini akan diberkati ALLAH, akan mendapat penghargaan terhebat dan ganjaran yang setimpal dengan komitmen yang ditunjukkan. Syabas anakanda...semoga menjadi pesilat terulung kebanggan bangsa, agama dan negara.
ReplyDeletePn Siti A'ida Joned
Ex PK Kokurkulum SMK Sg Pusu