ASEAN University Games Laos 2012 #3


Assalamualaikum.
(Amaran! Entri kali ini adalah tersangat panjang. Mohon abaikan entri ini jika anda seorang yang benci membaca. Haha.)

Begitu banyak memori yang menggamit jiwaku tika niat di hati untuk mengenang kembali detikku ketika berada di bumi Laos. Seperti yang telah aku nyatakan sebelum2 ini, pendirian ku masih tetap untuk sentiasa mendokumentasikan segala pengalaman sepanjang permusafiranku di bumi sementara ini. Namun, masih terhutang satu entri yang bagiku sangat bermakna buat diriku yakni detik ketika aku berada di tanah seberang menjulang nama negara bertarung untuk merebut kilauan emas daripada hampir 6 negara2 ASEAN yang lain. Insyallah akan tetapku kuatkan semangat untuk mengasah memoriku kembali untuk dilakarkan di atas helaian entri di laman Jejak Musafir ini.

Insyallah penulisan kali ini merupakan sambungan dari entri..

ASEAN University Games Laos 2012 #1
ASEAN University Games Laos 2012 #2

DAY 1 :

my passport and my boarding pass

Ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Vientiane Laos disambut oleh committee2 kejohanan yang terdiri daripada rakyat2 Laos. Semua bagasi kami diangkut oleh mereka, diletakkan di dalam troli dan dilonggokkan ke dalam sebuah lori untuk di bawa terus ke Perkampungan Atlit yang terletak lebih kurang 45 minit daripada airport tersebut. Kami pula diiring menaiki bas. Ketika di dalam bas kami telah diberi satu simkad percuma yang terkandung 40000kips kredit di dalamnya beserta tag sementara kejohanan.

Setibanya kami di kem Perkampungan Atlit AUG 2012, beg2 kami dipunggah keluar dan diagihkan kepada empunya. Kawalan keselamatan di sekitar kawasan kem perkampungan atlit AUG sangat2 ketat. Setiap kali masuk ke kawasan perkampungan atlit tersebut, tag kejohanan setiap atlit wajib discan dan segala barang2 yang nak di bawa masuk kedalam juga discan seperti yang biasa dijalankan di lapangan terbang. Mungkin perkara biasa bagi mereka yang biasa terlibat dengan kejohanan di luar negara tapi ia sangat2 baru bagi aku. Dan ketika itu aku sangat excited. Haha. Ada juga ketika di mana sekeliling pagar kawasan perkampungan atlit tersebut di tempatkan seekor Anjing K9 bersama polis Laos. Seriusly terasa selamat sangat bila berada di dalam kawasan.

tiba di pintu utama Perkampungan Atlit AUG2012

security pass untuk masuk ke dalam kawasan perkampungan atlit.

Setibanya kami di blok kediaman kami blok A7, kami telahpun diagihkan mengikut bilik masing2. 3 orang sebilik. Dan semua bilik atlit2 kontinjen pencak silat diletakkan di tingkat 4 blok tersebut bersebelahan antara satu sama lain. Alhamdulillah, kondisi bilik agak memuaskan walaupun hanya berbekalkan satu kipas. Haha. Actually sangat mengharapkan air cond bak hotel 5 star. Haha. Di atas katil kami telah tersedia satu set tuala  3 saiz dan toiletries.

baru sampai blok penginapan. muka penat je semua.

Tuala 3 saiz dan set toiletries with simkad

Tag rasmi kejohanan. The most important item.

Then, setelah selesai berkemas barang dan rest, kami terus bersiap2 untuk ke kantin. Lunch time. Kantinnya agak besar. Makanan dan minuman yang pelbagai, tersedia untuk menampung kesemua atlit2 AUG untuk semua sukan. Best jugak la. But still we have to manage to choose proper food with proper amount for our diet. Huhu. Selesai makan, ada dalam kalangan kami terus serbu kaunter ETL Mobile. One of the Telco in Laos. Apa lagi, of kos to subsribe mobile internet. Dunia tanpa internet adalah sangat membosankan. Haha. 80000kips for a month. 1.3GB internet kalau tak silap. Dan apa yang sangat best ialah connection dan tahap kelajuan internet yang sangat marvellouss! Haha. Seriuosly laju. As usual upload gambar, tweet, usha video kat Youtube, berwhatsapp etc.

Kantin atau Dewan Makan yang agak luas. Makanan banyak jenis tapi yang kurengnya same menu throughout the week. Sampai dah muak. But still Alhamdulillah.

Disebelah petangnya ada buat sesi light training sikit di kawasan padang di tengah2 kem perkampungan  atlit tersebut. Seriusly first time training dikelilingi atlit2 dari negara lain training. Agak psycho jugak especially bila tengok atlit seni Indonesia dan Vietnam buat set masa. Tapi kene berlagak cool and yang penting profesional. Tapi sayangnya entah camne lutut aku boleh terkehel sikit petang tu. Malamnya terpaksa ketemu  paramedik di blok A8. Nasib baik mediknya pun semuanya sporting. Haha. Memang lama jugak la lepak dalam bilik tu Siap bergambar, sembang bergelak ketawa sume.

Jumpa medik. Masalah lutut yang biasa dihadapi oleh kebanyakan atlit.

DAY 2 :

Disebelah paginya dijalankan sesi medical check up untuk semua atlit pencak silat dan sesi timbang untuk pesilat olahraga. Alhamdulillah semua 'in' berat. Disebelah petangnya as usual light training. Tapi ada sikit kemalangan berlaku iaitu jari tangan pesilat ganda puteri, Amalina patah akibat tersalah landing dan terpaksa dilarikan ke hospital berdekatan. Papepun alhamdulillah still dapat perform. Petang tu juga telah diadakan mesyuarat pengurus pasukan dan cabutan undi untuk no. giliran. Dan di pengakhiran latihan sesi petang itu kami telah dimaklumkan mengenai undian kami dan oppenent2 yang bakal kami berdepan. Disebelah malamnya pula ialah masa untuk berehat, recover energy untuk kejohanan yang akan bermula pada keesokan harinya.

menunggu giliran untuk medical check up

mood : waiting

DAY 3 :


panaskan badan di pagi hari sebelum bermulanya kejohanan

berbaris masa perasmian pembukaan

Dijadualkan di sebelah paginya dijalankan perasmian pembukaan. Dan disusuli dengan pertandingan silat olahraga pusingan awal. Untuk pusingan awal hanya seorang saja pesilat Malaysia yang beraksi iaitu

SILAT OLAHRAGA PUSINGAN AWAL
KELAS C PUTRI 
MALAYSIA [SITI HUMAIRAH] vs THAILAND
MENANG 5-0

Alhamdulillah, layak ke semifinal. Di sebelah petangnya diteruskan lagi dengan acara silat seni untuk kesemua kategori bermula dengan Jurus Tunggal Putera/Puteri, Ganda Putera/Puteri dan Regu Putera/Puteri. Disebabkan hanya satu gelanggang jer yang diguna pakai, acara silat seni tamat agak lewat.

tempat atlit panaskan badan sebelum masuk gelanggang pertandingan

Keputusan penuh acara silat seni ialah seperti berikut :


TUNGGAL PUTRA :

JUARA : Nguyen Huu Tuan (VIETNAM) 438
NAIB JUARA : Muhammad Azam Sukri (MALAYSIA) 432
TEMPAT KETIGA : Youtthasin Phoutthaluksa (LAOS) 429

TUNGGAL PUTRI :

JUARA : Nguyen Thi Thuy (VIETNAM) 455
NAIB JUARA : Puspa Sari (INDONESIA) 449
TEMPAT KETIGA : Nurul Syahidah Hishamuddin (MALAYSIA) 446

GANDA PUTRA :

JUARA (MALAYSIA) 568
Abdul Hanif Hasbullah
Mohamad Hafiz Arif

NAIB JUARA (INDONESIA) 549
Muhamad Hamdi
Hendy 

TEMPAT KETIGA (LAOS) 526
Bounkham Botsavang
Thanaponh Simphilavong

GANDA PUTRI :

JUARA (LAOS) 553
Kesone Phoutthasane
Lounny Khamphithak

NAIB JUARA (INDONESIA) 548
Eka Ardiana
Wulan Nurhasanah

TEMPAT KETIGA (MALAYSIA) 534
Norhaliza Muaidi
Nurul Amalina Subkhi


REGU PUTRI :

JUARA (INDONESIA) 457
Puspa Sari
Eka Ardiana
Wulan Nurhasanah

NAIB JUARA (MALAYSIA) 447
A'ain Hidayah Fua'ad
Nurhaniza Nordin
Nadrah Damanhuri

TEMPAT KETIGA (LAOS) 438
Phatsone Thammavongsa
Nhoudaeng Phengphiphuk
Sonenaly Sisonexay

REGU PUTRA :

JUARA (MALAYSIA) 450
Nazrul Azam Aliasaa
Muhd Hanif Aminuddin
Mohd Nasfirdaus Murshidi

NAIB JUARA (LAOS) 444
Anomone Choulamany
Toto Thummavong
Bo Thammavongsa

TEMPAT KETIGA (INDONESIA) 442
Sugianto
Hendy
Muhamad Hamdi

Pingat Emas ke-37 untuk MALAYSIA

baru lepas diumumkan keputusan regu putera. Alhamdulillah.

time  nyanyikan lagu negaraku ni la yang paling best. sumpah tak tipu. Remang bulu roma kot. Haha.


DAY 4 :

atlit silat olahraga panaskan badan sebelum kejohanan semi final bermula

Untuk hari kedua kejohanan merangkap hari keempat bertapaknya kami di bumi Laos ni, telah dijadualkan acara silat olahraga SEMI FINAL untuk semua kelas. Dan hari tersebut juga merupakan hari di mana kesemua atlit silat olahraga MALAYSIA beraksi.

lepak bersantai sementara menunggu giliran untuk bertanding.

Dan keputusannya adalah seperti berikut :

SILAT OLAHRAGA SEMI FINAL

KELAS B PUTRA
MALAYSIA [FAIZUL NASIR] vs VIETNAM
MENANG 5-0

KELAS B PUTRI 
MALAYSIA [ZAITON] vs INDONESIA
TEWAS 0-5

KELAS C PUTRI 
MALAYSIA [SITI HUMAIRAH] vs LAOS
MENANG 5-0

KELAS D PUTRI 
MALAYSIA [SITI ZUBAIDAH] vs VIETNAM
TEWAS 0-5

KELAS E PUTRI 
MALAYSIA [SITI RAHMAH] vs LAOS
MENANG 4-1

KELAS F PUTRA
MALAYSIA [IZZUDDIN HANAN] vs VIETNAM
TEWAS 0-5

KELAS G PUTRA 
MALAYSIA [REDHOUDDIN] vs VIETNAM
TEWAS 0-5

KELAS H PUTRA 
MALAYSIA [RASYDAN] vs INDONESIA
TEWAS 2-3

Mungkin bukan rezeki mereka untuk menempa kejayaan kali ini tapi aku percaya mereka telah berjaya lakukan yang terbaik untuk Malaysia. But still alhamdulillah we still have 3 classes that will proceed to FINAL for the next day.

DAY 5 :

Sepanjang hari ni hanya dijalankan acara FINAL silat olahraga dan seorang pendekar dan dua srikandi dari MALAYSIA bakal beraksi. Alhamdulillah dalam pertaruhan 3 pingat, satu berjaya diangkat sebagai JUARA. Namun lagi dua kecundang. Papepun still bersyukur kerana masih menyumbang kepada penambahan bilangan pingat untuk Team Malaysia.

sorakan habis2an dari team MALAYSIA! untuk atlit yang masuk FINAL.

 SILAT OLAHRAGA FINAL

KELAS B PUTRA
MALAYSIA [FAIZUL NASIR] vs INDONESIA
TEWAS 0-5

KELAS C PUTRI 
MALAYSIA [SITI HUMAIRAH] vs INDONESIA
TEWAS 0-5

KELAS E PUTRI 
MALAYSIA [SITI RAHMAH] vs VIETNAM
MENANG 5-0

Alhamdulilllah, dengan berakhirnya acara silat olahraga final, maka berakhirlah sudah kejohanan pencak silat AUG 2012 untuk kali ini. Bersyukur kerana Team Pencak Silat berjaya menyumbang 3 EMAS, 4 PERAK DAN 7 GANGSA untuk Malaysia. And for the first time ever kesemua atlit berjaya bawak balik pingat. Keputusan penuh pungutan pingat Team Pencak Silat Malaysia :

EMAS
GANDA PUTRA (ELIT MSIA/KOLEJ KOMUNITI TAWAU)
REGU PUTRA (UIA)
OLAHRAGA KELAS E PUTRI (SITI RAHMAH)

PERAK
TUNGGAL PUTRA (UITM)
REGU PUTRI (UKM)
OLAHRAGA KELAS B PUTRA (EBOY)
OLAHRAGA KELAS C PUTRI (HUMAIRAH)

GANGSA
TUNGGAL PUTRI (UITM)
GANDA PUTRI (USIM)
OLAHRAGA KELAS F PUTRA (DIN)
OLAHRAGA KELAS G PUTRA (REDHO)
OLAHRAGA KELAS H PUTRA (BOB)
OLAHRAGA KELAS B PUTRI (ETON)
OLAHRAGA KELAS D PUTRI (ZUBAIDAH)

bergambar sementara menunggu giliran amek pingat untuk silat olahraga

ditemubual oleh Astro Arena

bersama Cik Azli Pudin, Coach Bob and Coach Peja.

bergambar sebelum pulang ke bilik

bergambar..

bergambar lagii.

gambar beramai2. tapi salah angle la pulak. -_-

Alhamdulillah. Dan tahniah atas kejayaan kali ini. Usaha yang berbuahkan hasil. Selesai sudah gemaan tiga kali nyanyian lagu NEGARAKU berkumandang di dewan kejohanan tersebut. Seriusly meremang bulu roma masa tengah nyanyi. Bukan mudah nak adakan nyanyian lagu NEGARAKU secara formal di bumi asing. Di sebelah malamnya as usual rest. Ade jugak yang enjoy berkaroake atas stage. Ade yang main gym. Ade yang pegi jumpe medik. Ade yang bersembang dengan team dari negara lain. Senang cite aktiviti bebas. 

DAY 6 :

Disebelah paginya kami berpeluang ke MORNING MARKET yang terletak lebih kurang 20 minit dari kem perkampungan atlit. As usual bila pelancong asing datang nak membeli, mesti dikenakan harga yang agak mahal. Terpaksa tawar menawar sampai harganya dikurangkan. Dan salah satu kaedah kami ialah dengan menyerbu beramai2 satu kedai, beli cenderamata2 secara pukal dan minta dikenakan dengan harga yang murah. Agak menjadi. Haha. Tapi aku tak tergolong dalam group yang menyerbu tu sebab kami berpecah selepas tukar duit kat Money Exchanger. Huhu. Means boleh kata barang2 yang aku beli ni agak mahal sikit. Tapi nasib baik ade bawak duit lebih. So, tak terasa sangat. Haha.

berkumpul sebelum bertolak ke Morning Market.

the ladies.. nampak je barang sikit tu, padahal..... haha..

kaum Adam sempoi je beli brg ala kadar. Haha.

Disebelah petangnya pula, kami bertolak ke Stadium Utama, Komplek Sukan Nasional, Laos untuk Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Universiti ASEAN ke-16. Kami di arak masuk ketengah padang stadium. As usual nyanyian lagu, ikrar, dengar ucapan semua. Then setelah selesai pengisytiharan penutupan oleh VVIP, kami diarak naik ke seat untuk menonton persembahan kebudayaan dari negara LAOS dan negara yang bakal menjadi tuan rumah untuk Temasya AUG2014 kelak iaitu INDONESIA. Honestly speaking, serius gempak giler lighting dorang setup. Mungkin first time aku tengok live. Haha. Selesai majlis, kami terus pulang ke perkampungan atlit.

dikonvoi oleh sekumpulan polis trafik Laos disepanjang perjalanan ke stadium.

di tempat menunggu. sebelum di iring menuju ke stadium.

dalam perjalanan menuju masuk ke dalam stadium. berarak dari luar. 

majlis dah mula, tapi bole selamba kecoh2 tangkap gambar. #perkara biasa

VVIP duk berucap kat depan dalam keadaan semua berdiri, kitorang boleh lepak duduk kat belakang. Haha.

Sempat jugak kautim dengan dua orang committee Laos untuk membawa kami ke NIGHT MARKET malam tu. Seriusly tak puas shopping pagi tu. Haha. Malam tu jugak masa kami menghabiskan sisa2 kips yang ada dalam dompet sebab keesokan harinya kami akan bertolak pulang ke Malaysia.


DAY 7 :

Last day. Pagi tu kami siap2 berkemas dan membawa turun semua barang2 dari bilik untuk disumbat ke atas lori dan di bawa terus ke lapangan terbang. Flight pagi tu supposely 0945H depart tapi kene delay sampai 1030H. Papepun kami berlepas tepat jam 1030H dengan penerbangan AK1413. Yang bestnya satu flight penuh dengan kontinjen Malaysia. The last group AUG2012 yang balik Malaysia. Boleh pulak riuh dalam flight. Siap ade aktiviti dalam flight. Announcement yang disampaikan oleh salah seorang atlit Malaysia menerusi skrip yang telah disediakan oleh Pramugari bertugas. Sambutan nyanyian lagu Selamat Hari Lahir kepada salah satu Urusetia Kontinjen merangkap Pegawai Sukan UIAM, En. Roestam. Haha. Happening jugak la.

melonggokkan barang2 kami ke dalam lori untuk di bawa terus ke airport.

bersama askar2 yang bertugas di sekitar kawasan perkampungan atlit. aktif meronda setiap masa.

bergambar untuk kali terakhir diluar Dewan Makan selepas sarapan di hari terakhir sebelum ke airport.

di halaman depan perkampungan atlit.

menunggu bas untuk ke airport.

tiba di Vientiane International Airport

dapat passpot and my boarding pass.

ketika di dalam flight on the way back to Malaysia.

kami kontinjen Malaysia AUG2012 terakhir yang tiba. habis penuh sidang media kat kawasan Arrivals Hall menanti kepulangan kami. 

Alhamdulillah selamat tiba di Malaysia lebih kurang jam 1400H waktu Malaysia. Aku dan teamateku di sambut oleh parent masing2. Manakala yang lain semuanya menuju ke UPM untuk berkumpul dan pulang ke rumah masing2.

Pengalaman yang agak menarik dan best. Disebalik kemanisan pasti terselit kepahitan. Disebalik senyuman pasti tersembunyi keperitan. Namun, itulah lumrah hidup. Kita takkan sentiasa berada di atas. Kita takkan sentiasa bahagia. Allah SWT sentiasa menguji hamba-NYA terlebih dahulu sebelum mengurniakan kejayaan kepada hamba-NYA.


Moga ini bukan yang terakhir buat diriku. Insyallah. Setakat ini untuk penulisan kali ini. Bila baca balik baru terasa panjang post kali ni. Biasalah, it might the first and the last aku pijakkan kaki kat bumi Laos. Hope kenangan dan pengalaman ini dapat mematangkan permainan ku dalam acara silat seni khususnya dan yang paling penting moga ia dapat mematangkan pemikiranku untuk menempuhi ujian2 hidup yang mendatang. Insyallah. Amiin.

p/s : Untuk makluman, penulisan kali ni telah dipendekkan dan agak banyak scene yang tak diceritakan untuk mengelakkan entri yang terlampau panjang. Apepun I'm still glad sebab memori2 tersebut masih kuat tarpahat dalam ingatanku walaupun genap sebulan aku telah tinggalkan bumi Laos. Cuma tak terupload gambar yang teramat banyak ditangkap sepanjang berada di sana.

Wallahualam.

Comments