Jelajah Penang

Assalamualaikum.

27hb Januari 2013 yang lalu aku berpeluang untuk pertama kalinya dalam hayatku bergelar seorang belia menjejakkan kaki di tanah Pulau Mutiara. Actually hajat permusafiran aku bersama adikku dan dua orang sahabat segayongku Saiful dan Khairi adalah untuk memenuhi undangan majlis resepsi sahabatku Solihin Othman bersama pasangan hidupnya Amalina. Sungguh tidak kusangka pada mulanya, kedua2 mempelai merupakan anak buahku ketika berada di bawah kelab Persatuan Silat Seni Gayong UIA Petaling Jaya dua tahun yang lalu. Dan kini mereka telahpun mendirikan masjid. Alhamdulillah. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Moga mereka berbahagia hingga ke anak cucu.

bergambar bersama pengantin

Lokasi majlis resepsi tersebut ialah di kawasan Mukim 7, Permatang Batu, Bukit Mertajam iaitu tempat kediaman pengantin lelaki. Majlis yang dibuat secara bersederhana. Tanpa khemah. Tanpa DJ. Tanpa bersanding. Hanya ala kadar. Alhamdulillah berjalan lancar. Malah bilangan jemputan melebihi dari sasaran sebenar.

Setelah selesai menziarahi pengantin, menikmati juadah yang disediakan, bersembang merungkai kembali kisah2 lama tika mereka masih berstatus bujang dan seumpamanya, kami mengambil peluang melawat Pulau Pinang. Dan kebetulan seorang dari sahabat kami merupakan penduduk yang bermastautin di sana. Secara tak langsung beliau telah menjadi tour guide kami sepanjang kami berada di sana. Yang di maksudkan ialah saudara Syamil Yahaya. Pelajar tahun ketiga jurusan Ukur Bahan (Quantity Surveyor). Thanks bro. Really appreciate that. Not to forget his parents yang menyambut kedatangan kami. Siap dihidangkan juadah Mihun bersama sikit buah-buahan dan suggestkan tempat2 makan serta tempat2 melawat yang best di sini. Thanks for that too.

Syamil Yahaya

Mungkin tak banyak tempat kami melawat tapi still tak cukup masa untuk menerokai satu pulau. Yaa. Mungkin memerlukan 2/3 hari untuk melawat semua kawasan atau tempat2 pelancongan di sana. Dari segi penginapan pula, sangat2 berterima kasih kepada ibunda kepada Syamil kerana membenarkan kami bermalam di sebuah apartment di bawah jagaan beliau yang terletak di Sea Range Tower, Batu Feringgi. Permandangan dari apartment tersebut juga sangat marvellous.Subhanallah. Honestly speaking sangat tak expect. Kedatangan kami yang tak berapa nak sedia dari bermacam faktor. Alhamdulillah satu persatu Allah beri kemudahan. Thanks to Allah SWT.

di dalam apartment kami di Sea Range Tower. Fully utilized with 4 bedrooms with air-cond, 3 toilets with water-heater shower, 1 kitchen, 1 living room, TV with ASTRO, 1 Drying and Washing Machine,  pemandangan luar yang sangat cantik. Alhamdulillah.

View from our apartment tingkat 14, Sea Range Tower, Batu Feringgi. SubhanAllah.

Antara tempat yang kami berpeluang melawat ialah Padang Brown Food Court (Dinner), Tanjung Bunga Food Court (Breakfast), Masjid Terapung Penang, Bukit Bendera, The Owl's Museum, Masjid Bukit Bendera, Masjid Negeri Pulau Pinang, Restoran Nasi Kandar Line Clear dan Pekan Georgetown. Dan disebabkan kami tersangat jarang jejakkan kaki di sana, kami telah sepakat untuk ke sana menerusi Jambatan Pulau Pinang dan pulang ke tanah semenanjung dengan menaiki bot. Pengalaman pertama penulis membawa kereta menaiki bot.

di tepi laut berhampiran Padang Kota Lama.

sarapan macam lunch. itulah Khairi. haha. di Medan Selera Tanjung Bunga, Batu Feringgi.

di luar kawasan Masjid Terapung. Masjid yang terselamat daripada pukulan ombak besar ketika tsunami dulu.

pemandangan dari Masjid Terapung

self-captured. di sekitar halaman Masjid Terapung.

the only gambar cameraman secara individu yang ditangkap sepanjang trip kali ni. thanks to him.

first experience mendaki Bukit Bendera dengan menaiki train

Bukit Bendera Penang Hill

Flash mob di Puncak Bukit Bendera. Haha.

Masjid Bukit Bendera

duduk menikmati pemandangan dari puncak BB.

bersama meriam. di dalam lubangnya penuh dengan putung2 rokok. ish3.

Jama' Qasar di Masjid Negeri Pulau Pinang

Sangat best! cuma yang agak terkilan pada malam pertamanya yang mana kami rancang untuk melawat Night Market di sana, kami tersekat dengan jalan jem hampir satu jam. Sangat stress! Tak sangka ada lagi teruk jem dari jem di KL. Saat kami tiba di Night Market tersebut, majoriti khemah semua telahpun dibungkus. Maka pulanglah kami dengan keadaan kecewa.

bot besar yang disediakan untuk bawa penumpang bersama kenderaannya pulang ke tanah semenanjung.

bawak kereta naik bot. sumpah excited. Haha. 

semua kereta yang biase pulang ke semannjung menaiki bot. majoriti orang pulang dari kerja. I guess.

bergambar lagi di atas bot. jakun la katekan. haha.

Papepun still bersyukur kerana di beri ruang dan masa untuk berjalan2 menikmati angin di kawasan orang. Suasana yang berbeza. Environment yang berbeza. Pengalaman yang berbeza dan berharga. Dan untuk pertama kalinya permusafiran kami ke utara dengan menaiki pacuan dua roda Honda Civic milik abangku. Thanks bro. Insyallah setakat ni penulisan kali ini.

Wallahualam.

Comments