Titik Hitam yang sukar untuk dilenyapkan.

Assalamualaikum.

Hanya kerana sekeping besi yang terukir berbentuk bulat diselaputi 'Emas'... Hanya keran pingat ini...

Aku tahu, semakin banyak aku mengimbau kenangan perjalananku untuk ke kejohanan AUG tempoh hari, semakin tak tenteram hati dibuatnya. Bukan sebab terlalu excited menang. Bukan sebab seronok 'melancong' ke Laos tempoh hari. Tapi... semakin aku memikirkannya, semakin hatiku membara. Marah dengan seseorang? Hmm. Maybe. Aku rasa seolah dah terlalu banyak onak duri yang telah ku lepasi. Walaupun aku berjaya melaluinya, tapi kesan calar balar semuanya masih kekal terguris di badanku. Perasaaanku terhadap mereka2 yang telah menyebabkan aku sangat tertekan di detik2 akhir sebelum kejohanan sangat2 menaikkan kembali perasaan bengang dan sehingga kejayaanku kali ni sikit pun tak menimbulkan perasaan seronok dan gembira di hati. Bukan tak bersyukur, tapi seolah2 segala keseronokan yang sepatutnya aku rasai telah ditutup erat dengan perasaan2 yang telah lama ku pendam dan sabar sementara menanti kejohanan tersebut berakhir.

Orang mungkin ingat aku seronok. Orang mungkin ingat aku gembira dengan kejayaan tempoh hari. Tapi semuanya hanya zahir. Di dalam ni hanya Allah saja yang tahu. Rasanya tak perlu aku nak ungkapkan kepada siapa yang aku maksudkan dan aku telah nekad, cukup sekadar ini aku bergiat. Aku perlukan rehat. Aku perlukan holiday. To forget everything in the past. Untuk lupakan semuanya yang telah aku lalui yang bagiku sangat2 memeritkan. Yaa. Tahun 2012 telah terlakar satu sejarah baru buat diriku mewakili Malaysia iaitu impian yang telah lama aku tanam sejak di bangku sekolah. Tapi terlakar juga lagi satu sejarah di mana tahun 2012 juga merupakan tahun yang aku sangat2 banyak terkorban. Terkoban dari sudut sosialku. Terkorban dari sudut maruah aku sendiri. Terkorban dari sudut akademikku. Terkorban dari sudut memacam lagi. Andainya ada yang memahami diriku sekarang ni, mungkin beliau akan faham jika aku mengambil pendirian untuk berhenti sepenuhnya dengan aktiviti bersilat selama paling kurang 3-6 bulan. Kepada yang kurang faham dengan situasi aku ni mungkin akan fikir aku ni dah star. Dah menang game ASEAN sekali dah tak tunjuk muka, dah tak turun training semua. Tapi bila aku fikir2kan balik, kalau aku asyik fikir apa yang orang akan kata terhadap aku, siapa pula yang akan fikir pasal diri dan keadaanku.

Kekadang aku terasa sedih. Bukan sebab apa, cuma aku dah terlalu banyak berkorban sehinggakan bila aku berhenti bersilat, seolah2 takde apa yang aku kejarkan. Seolah2 dah tiada matlamat lain selain menuntut ilmu. Jelas kelihatan diriku seolah2 hanya untuk bersilat. Aku teringin menjadi seperti sahabat2ku yang lain. Aktif berprogram. Bila aku lihat sekarang ni walaupun mereka busy seperti aku juga, tapi sekurang2nya ikatan dan ukhuwah yang mereka bina terikat erat. Dan skop aktiviti mereka tak kecil seperti aku yang mana hanya tertumpu pada silat atau nak luas sikit, seni bela diri. Tapi aku tak boleh nak salahkan sesiapa, sebab itulah laluan yang telah aku pilih dulu. Pernah satu ketika dulu ramai yang berpendapat aktif silat ni takkan ke mana. Aku pernah tersentap start daripada tu menanam misi untuk membuktikan kepada mereka yang silat ni bukan hanya tertumpu pada skop yang kecil tapi ia lebih dari itu. Tapi hakikat sebenar silat ini yang banyak menguji aku. Menguji dari semua perspektif. Dan sekarang, bila aku dah selesai dengan silat, aku terasa lonely. Dahulunya ramainya rakan2, sahabat2 yang biasa aku lepak sekali. Keluar berjalan sekali. Tapi setelah bertahun lebih meninggalkan detik2 keseronokan bermember2, aku seolah2 yang ada family. Ok. Keluarga silatku mungkin besar. Means ramai jer aku kenal tapi buat masa ni sorry to say, I have made my desicion, I will hold SILAT in my LIFE at least 3 month. In other words, I will NEVER think about silat and to whom I'll use to spend with during my life as silat practicioner and I', planning to workout with something else. Long outdoor holiday maybe. Hurmm.

Sekadar luahan hati yang sangat susah aku nak lenyapkan dari dalam ingatanku. Kenapa aku sangat susah untuk maafkan orang. Mungkin maaf tu sudah, tapi titik hitam yang ada dalam ingatanku ni sangat susah nak hilang. Jauh dalam hati kecilku masih susah untuk memaafkan. Kenapakah? Mungkin berpunca dari diriku jugak. Ya Allah, Engkau tenangkanlah hatiku ini. Engkau keluarkanlah perasaan2 negatif yang ada dalam diriku ini. Amiiinnnn.


Comments