Welcome FEBRUARY 2013!

Assalamualaikum.

Welcome FEBRUARY 2013!


Cepat betul masa berlalu. Rase macam semalam jer baru masuk new year. Anyway, pejam celik pejam celik tinggal lagi 2 hari jer aku nak mula sem baru. Sem 2 untuk third year. Of kos subjek makin susah. Tambah pulak sem akan datang ni ada 3 killer subjek. Seriusly tak dapat bayangkan camne aku akan lalui nanti. Papepun maybe this coming semester aku tak terlampau busy sangat. Satu sem aku akan berehat dari aktiviti berpencak. Focus on my studies. Naikkan balik CGPA.

RESULT SEM 1 2012/2013
Honestly speaking, aku TERAMAT kecewa dengan result sem lepas. The worst result ever. Eventhough still above 3 pointer but memang tersasar jauh dari target. Tapi aku percaya semuanya ade hikmah. Dan aku percaya mungkin Allah SWT bagi aku merasa dikalungkan pingat EMAS peringkat ASEAN tapi menarik nikmat CGPAku. Aku redha. Kalau itulah yang telah ditentukan. Dan aku berazam nak naikkan balik CGPA sem depan. Tapi as usual bila mula sem jer mesti berapi2 semangat nak buat itulah, nak buat inilah. Tapi end up same thing happen again. Pembaziran masa dengan perkara2 yang tak berfaedah berlaku. Lumrah. Papepun aku tetap akan berusaha. Doakanlah yer.

CUTI SEMESTER
Cuti semester kali ni aku rasa paling banyak pengisian. Maksud aku berjalan-jalan. Haha. Holiday kat Cameron Highlands dengan member coursemate. Holiday kat Bukit Tinggi dengan keluarga. Holiday kat Pulau Pinang dengan member gayong. Ade la rase tekanan yang aku alami mase mula2 habis sem aritu dah banyak reda.

Di Cameron bersama Coursemates. Refer post > Budget Vacation to Cameron

Di Japenese Village, Bukit Tinggi bersama keluarga. Refer post > Bercuti di Bukit Tinggi

Di Bukit Bendera, Pulau Pinang bersama Gayong-mates. Refer post > Jelajah Penang

Mungkin saki baki 2/3 hari lagi cuti ni boleh start pasang niat and mindsetting untuk belajar. Menuntut ilmu kejuruteraan. Maklumlah otak ni kalau dah lama tak diperah, memang susah nak serap ilmu.

GELANGGANG SG PUSU
Ok. Alhamdulillah jugak start tahun ni aku dah bebas dari memegang amanah sebagai Jurulatih/Gurulatih Gelanggang SMK Sg Pusu. So, supposely dah takyah ulang alik tiap petang ke sana train budak2 semua. Takyah runsing fikirkan nak pertahankan kejuaraan. Takyah pening2 fikirkan urusan gelanggang lagi2 berkaitan adat istiadat gayong semua.They have their own coach now.  They should manage to settle up on their own. Bye2 SMK Sg Pusu!

GAYONG
Sekian lama aku tak menyarungkan uniform gayong. Sekian lama pinggangku tak diililit bengkong. Insyallah, sem ni nak mula kembali aktif bergayong. I mean belajar. Not mengajar of kos. Dah berkarat semua ilmu yang pernah aku belajar dulu. Ilmu kesemua 21 Kunci Mati dan kombat beserta seninya. Ilmu pentas sehingga Pentas 7. Ilmu Seni Simbat, Seni Pisau dan Seni Keris. Nasib baik semuanya telahpun ku catat semasa aku giat menuntut dulu. At least ade la reference untuk aku ulang kaji balik semua tu. Terasa nak pakai bengkong rendah pun ade. Maklumlah, pelajaran banyak yang terlupa. Hehe.

Kursus Gurulatih PSSGM Kebangsaan di PD 2010. Refer post > Kursus Gurulatih Kebangsaan 2010

Papepun hidup harus diteruskan. Cabaran yang datang adalah untuk disahut. Insyallah. Segala asam garam kenangan2 yang pahit yang telah aku lalui tahun lepas aku akan cuba untuk lupakan. I'll try my best. Till then.

Wallahualam.

Comments