Sunday, 28 November 2010

Kursus Gurulatih Kebangsaan 2010

Assalamualaikum.

Pada sepanjang minggu yang lalu, aku telah menghadiri Kursus Gurulatih PSSGM Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Bougainvilla Resort, Telok Kemang, Port Dickson. Tenaga pengajar yang turut diundang untuk mencurahkan ilmu sepanjang kursus tersebut ialah Dato' Adiwijaya (YDP PSSGM Kebangsaan), Cikgu Kahar Redza (Timbalan Pengerusi Gurulatih PSSGM Kebangsaan) dan Cikgu Nordin Abd Rahman (Pakar Seni Keris).

Disebabkan diri ini masih terasa penat gara-gara kursus tersebut, empunya blog telah mengambil keputusan supaya untuk post kali ini, biarlah galeri gambar-gambar sepanjang kursus tersebut yang menceritakan kesemuanya.

..masuk newspaper..tapi sayang betol sebab takde muka aku..haha..

..bergambar bersama barisan 'Ahli Lembaga Waris Amanah PSSGM'..

..Aku bersama Cikgu Khairul Pejabat Gayong Selangor..

..barisan pesilat dari Daerah Gombak dan WP Kuala Lumpur..

..Cikgu Nordin yang diundang khas selaku Pakar Seni Keris untuk mengajar Seni Keris kepada semua gurulatih tanah air yang hadiri kursus tersebut..tapi sayangnya telah berlaku satu kemalangan dimana ketika Cikgu Nordin sedang mengajar pentas keris buah ke 5, beliau telah menjatuhkan dirinya ke tanah menyebabkan tulang di bahagian bahu kanan beliau patah menyebabkan latihan petang itu ditamatkan serta-merta..Dan selepas itu Cikgu Nordin menjalankan X-Ray bagi memastikan kondisi tulang bahunya..Pihak Penganjur serta-merta membeli tiket flight ke Alor Setar dan dari sana Cikgu Nordin akan dibawa ke Hospital Kangar untuk mandapatkan rawatan susulan..Marilah kita mendoakan kesihatan Cikgu Nordin bersama..

..latihan Golongan 51 beramai-ramai..

..berlatih di tepi pantai..best jugak tapi habes training confirm baju kotor giler..hehe..

..berkesempatan mempelajari Buah Seni Yoi..

..first tyme buat kombat ngan kunci mati dalam air paras perut..haha..

..bergambar bersama Cikgu Jamal Pemegang Bengkong HPCS II..

..bergambar bersama Cikgu Nordin Keris (orang paling lama dalam gayong)..

..Bersama Cikgu Wan Faizal Shades..

..semasa majlis penutupan kursus gurulatih tersebut..

..ditutup rasmi oleh En. Feriz Omar, Pegawai Khas TPM Muhyiddin Yasin..

..bergambar beramai-ramai pada hari terakhir kursus tersebut..

Begitulah suasana kursus yang merupakan pertama kali dalam sejarah aku sertai. Alhamdulillah, banyak juga input yang aku perolehi.

Namun sekembalinya aku ke tanah Negeri Selangor, aku telah mengambil keputusan untuk menyertai Ujian Kenaikan Bengkong yang diadakan oleh gelanggang Matrik Uia PJ pada hari Sabtu bersamaan 27hb November 2010. Penguji jemputannya ialah Cikgu Khairul. Alhamdulillah, aku lulus ujian tersebut. Antara gambar-gambar yang sempat aku cari dari profile facebook committee yang bertugas sebagai cameraman ialah seperti dibawah.

..Cikgu Khairul yang sedang fokus menguji pesilat-pesilat dari Gelanggang Matrik Uia PJ..

..masing-masing tengah sibuk mengingat gerakan..

..pesilat2 bengkong putih sedang diuji..

..pesilat bengkong hijau pula diuji..

..aduss..tidak!! aku dibantai..haha..

..lastly, pesilat bengkong merah diuji..golongan 51 yang memancitkan..hehe..

..Pentas 4..

..Asas Elakan 3 Bahagian 7..

..lompatan..

..Serangan Bebas 2 orang vs 6 orang..huhu..pancit giler..


..jamuan barbeque yg diadakan pada sebelah malamnya pula..

Naseb baek semua yang diuji majoritinya memang dah berlatih masa kursus gurulatih tu. Siap ada tambahan diuji pentas keris yang baru saja aku pelajari. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Cuma first time aku join ujian yang pengujinya suruh buat pentas 4, pentas keris dan serangan bebas berturut-turut. Memang pancit nak mampos. Tapi naseb baek aku tak mampos. Haha.

Last but not least, hasil dari penat lelah aku berhempas pulas sepanjang seminggu bersilat. Akhirnya aku berjaya perolehi sijil di bawah. Huhu. Bagi aku ia sungguh berbaloi, alhamdulillah.


Setakat ini saja penulisan untuk kali ini. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...