EIT

Assalamualaikum.

Jealous gile tengok member2 yang dah settlekan EIT mereka. By the way EIT stands for Engineering Industrial Training. Ade tu yang dah siap confirm dapat tempat. Padahal praktikal die start bulan Jun tahun depan. Still have a long way to go. Ade yang dah dapat petronas. Ade yang telekom. Yang syarikat pelik2 pun ade. Means syarikat yang tak pernah dengar namanya. Tapi aku? Hurmm. Disebabkan sepanjang sebulan yang lepas, sedang semua penuntut2 jurusan kejuruteraan tahun ke tiga IIUM sibuk menelefon company2 dan menyettlekan urusan shorlisted company untuk praktikal, aku pulak sibuk dengan kejohanan AUG di Laos. Ok. Kalau dekat takpe gak. Kire still boleh balik UIA kejap nak settlekan pasal mende alah ni, tapi Laos tu jarak die 2 jam setengah perjalanan flight. Jauh kot. Pastu dah la nak kene focus dengan game lagi.

Bile sekarang baru buntu nak buat ape. Maklumlah, setiadanya aku selama 3 minggu lalu, tugasan EITku telah disettlekan oleh roomateku yang juga sama course. Supporting letter dah dapat dari pihak kulliyyah. Sekarang ni tinggal nak call company tu dan emailkan cover letter, supporting letter, resume dan partial academic transcript je. Then just tunggu reply dorang sama ade aku dapat ke tak. Cuak jugak. Dengarnya ramai yang dah mula apply. Harap masih ade ruang dan peluang untuk aku praktikal tahun depan. Amiinnn.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments