Bercuti di Bukit Tinggi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Coretan percutian ringkas kami sekeluarga. Berlokasikan Bukit Tinggi, Pahang. Untuk pertama kalinya penulis menjejakkan kaki di bandar ala Perancis dan perkampungan ala Jepun. Terasa kekok nak berbicara, mungkin kerana terlampau lama blog ni menyepikan diri tanpa pengisian.

Ketibaan kami di French Themed Resort. Satu kota yang di bina ala france. Restoran dan seni bina bangunan yang berkonsepkan kota perancis. Menu2 makanan yang harganya sangat2 'cekik darah'. Bayangkan hanya secawan Teh Tarik dikenakan semahal RM8.50. Ok. Memang tak sanggup den nak bayo.








Berpeluang merasai suasana ala jepun di Japanese Village. Disediakan perkhidmatan menyewa 'Kimono' untuk pelancong2 yang hadir, RM20 untuk sepasang. So, kebanyakan pelancong2 Mat Salleh yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang sebanyak itu hanya untuk menyewa pakaian Jepun sambil bergambar di sekitar kawasan Japanese Village. Udara yang segar. Andainya aku berpeluang hidup di dalam suasana seperti itu, jauh dari kesibukan dunia, pasti aku akan ketemui ketenangan yang ku cari selama ini.




As usual, bila dah berada di tanah tinggi, satu keadaan yang paling kugemar berbeza bila berada di lokasi2 tanah biasa ialah keadaan dan suasana yang dingin, sejuk dan udara yang segar. Walaupun hanya sehari, alhamdulillah masih berjaya menghidupkan suasana ceria kami sekeluarga. Kami sekeluarga sangat susah untuk keluar bercuti meluangkan masa bersama. Atas faktor cuti kami tiga beradik yang tak selaras. Komitmen ayah yang tak tetap terhadap trainingnya. Dan faktor kesibukan aku dan adikku untuk program pembangunan atlit. Sekian saja untuk penulisan kali ini. Insyallah jika ada kudrat akan ku coretkan sesuatu untuk pengisian di laman ini. 

Wallahualam.

Comments