Sunday, 20 January 2013

Budget Vacation to Cameron

Assalamualaikum.

Insyallah. Just a pending post which I'm supposed to write a few weeks before. There was just a moment to be remembered. More to budget simple vacation organized unofficially by the four of us. Ruzaini, Hafis, Afif and me. Actually we have been planning this trip a month before, which was during our examination revision weeks.

Cameron Highlands lokasi pilihan kami. Dengan hanya menelan bajet kasar below RM50 per head through out this trip. Tak perlu nak buat financial report kot. Haha. Ok. Final exam paper yang terakhir buat sahabat2ku yang mengambil subjek Heat Transfer ialah pada 7hb Januari 2013. Dan kami bergerak menuju ke puncak Cameron ialah pada keesokan harinya. Dalam sekitar jam 1100H berangkat dari UIAM dan bermusafir melalui Highway PLUS dan keluar melalui EXIT Tapah dan terus menuju ke tanah tinggi Cameron. Hentian pertama kami adalah di Cameron Valley Tea House dan kami pekena secawan dua Teh Tarik Asli. Actually sama je rasenya dengan yang biasa. Sebab yang biasa tu pun diimport dari sini. Haha. Ambil udara segar sambil bergambar dan teruskan pendakian kami menuju ke Tanah Rata.



Selamat tiba di Tanah Rata sekitar jam 1530H. Disana kami telah menginap semalaman di Bird's Nest Hotel dengan kos sebanyak RM75 semalaman Twin Bed Room tapi kongsi berempat. Err. Haha. Setelah selesai Check In, kami teruskan misi pendakian untuk mencari lokasi melawat yang best2 di sekitar Cameron. Malangnya, majoriti tempat melawat semuanya tutup sekitar jam 1800H. So, kami hanya survey lokasi2nya untuk melawat pada esok harinya.


Disebelah malamnya pula, kami berpeluang menikmati hidangan Ikan Bakar di Restoran Ikan Bakar dan Tom Yam Pak Nik, Brinchang. Kosnya RM18 satu kepala. Not bad la. Then, bergerak pulang ke Hotel dan menikmati bilik Hotel tanpa Pendingin Hawa. But still sejuk.

Pada keesokan harinya, seawal jam 0900H kami check-out dari Hotel dan terus memburu sarapan di gerai makan di sekitar pekan Tanah Rata. Pekena Nasi Lemak. Gerai Zainab Sam, satu2nya gerai makan melayu yang terletak berdekatan dengan Hotel kami menginap. Selesai sarapan, terus menuju ke Brinchang menghabiskan sisa2 berada di Cameron dengan sesi lawatan di beberapa tempat yang terpilih. Antaranya :

Butterfly Garden



BOH Tea Centre 







Puncak Gunung Brinchang


Bees Farm



Strawberry Farm


Alhamdulillah. Walaupun hanya berbakikan beberapa jam sebelum cecah 1400H, kami berjaya melawat kesemua tempat2 yang terpilih tu. Yang paling best bila berada di kawasan tanah tinggi ni, udara yang segar, keadaan sekeliling yang tenang. Sangat sesuai sebagai tempat mencari ketenangan. Kalaulah antara kami tiada komitmen lain pada keesokan harinya, pasti kami akan berada di sana untuk sehari dua lagi. Sekitar jam 1530H kami bertolak pulang menuruni cerun Cameron. Singgah di Masjid Tapah berjama' Qasar dan terus menuju ke KL. Alhamdulillah, selamat tiba di teratak keduaku yakni UIAM sekitar jam 1830H. Satu percutian ringkas yang bagiku sangat berkesan. Enjoy and santai. Insyallah next will be Genting.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...