ASEAN University Games LAOS 2012 2#

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah aku menempuhi zon peperiksaan akhir semester kali ni. Tepat jam 1101H semalam secara rasminya berakhir sudah semester pertama sesi 2012/2013. Tahun ketiga aku menuntut di UIA ni. Means dah tak lama dah aku nak grad. Tahun depan dah start praktikal dan pengurusan mengenai praktikal ni masih belum selesai sepenuhnya. Have to call one by one the companies that I'm planning to intern with. Ok. Now lets move to the main topic. Just continue from my previous post. About my journey to Vientiane, Laos. Representing Malaysia in 16th ASEAN University Games.

......... Perjalanan kami diteruskan dengan penerbangan AK1412 yang akan berlepas ke Vientiane Laos. Tepat jam 0245H kontinjen kami iaitu kontinjen terakhir skuad Malaysia AUG 2012 bertolak menuju ke LCCT. Masa berlepas ialah jam 0700H. Tapi kami diminta berada di LCCT seawal 0400H untuk menguruskan perihal check-in barang2. Had yang ditetapkan untuk satu bagasi seorang ialah bawah 20kg. Dan untuk beg yang dibenarkan bawa naik ke atas flight ialah bawah 7kg. Alhamdulillah, my beg is only take about 10kg. Fuh. Sebab dah bajet balik nanti confirm ade penambahan berat. Haha.

my baggages..

Setibanya kami di LCCT, kami terus berkumpul dan beratur di lane check-in. Rasa best pulak bila kami sekontinjen berpakaian sweater harimau memasuki ruangan check-in di LCCT sambil diperhatikan orang2 di sekeliling. Bak kata orang, wira negara yang tengah nak pergi berjuang. Haha. Setelah selesai check-in barang, kami di beri masa bebas untuk pergi ke mana2 dalam area LCCT tu dan diminta berkumpul di hadapan pintu masuk dewan pelepasan tepat jam 0600H. Ape lagi, masing2 tercari2 Kedai Pengurup Wang. Tukar duit. Maklumlah, kat Laos tak terima mata wang Ringgit Malaysia. So, terpaksa tukar ke US Dollar dulu dan tukar ke mata wang Laos bila tiba sana. Solat Subuh, beli sikit makanan2 ringan untuk bawak naik flight dan terus menunggu di tempat yang dah diberitahu tadi. 

tolong bawak beg eboy semata2 untuk posing bergambar... haha..

tiba kat kawasan check-in... sempat posing..

menunggu #1

menunggu #2

beratur menunggu giliran check-in..

penuh kedai money-exchanger ni.. masing2 nak tukar duit USD.. haha..

Menuju kami ke dewan pelepasan, beg sandang dan barang2 lain di scan as usual. Dan langkahnya kami menuju ke Kapal Terbang Air Asia AK1214. Seat arrangement agak berterabur. Means kami sepasukan tak ditempatkan bersama. Ade yang dapat seat depan sekali. Ada yang dapat belakang. Aku pulak? Dapat seat row yang ke 24. Agak belakang jugak. Ok. Pengalaman yang ke dua menaiki penerbangan Air Asia. Agak sempit. Kalau orang duduk dalam sekali tu memang paling payah nak keluar. Nasib baik trip tak terlalu lama. Kire kalau nak pergi tandas tu boleh tahan lagi la. Haha. Penerbangan yang mengambil masa 2 jam setengah, Alhamdulillah, sepanjang penerbangan, kami telah disediakan dengan sarapan iaitu nasi lemak. Memang best la. Orang kata sekali jejak kat negara orang memang tak merasa nak rasa makanan negara sendiri. 

my passport and boarding pass.. benda yang sangat penting sebelum menaiki flight..

otw to AK1412..

from my seat 24E in the flight.. before depart..

on the air.. 

sajian sarapan menu nasi lemak Air Asia..

Alhamdulillah, lebih kurang jam 11 lebih waktu Malaysia atau 12 lebih waktu Laos, kami selamat tiba di Vientiane International Airport. Sekali jejak keluar dari flight, tengok matahari agak terik tapi terasa anginnya sejuk je. Tibanya kami di airport tu, kelihatan sekumpulan committee AUG sedia menanti dan menyambut kami. Barang2 kami diangkutnya dan di masukkan ke dalam lori untuk di bawa terus ke tempat perkampungan atlit2 AUG. Terasa macam VIP pulak. Haha. Tapi yang tak bestnya, tandas airport tu takde pili air. Kena guna tisu je nak beristinjak. Adui. 

Kami satu kontinjen di iring keluar dari dewan ketibaan Airport Vientiane dan di bawa menuju ke bas untuk terus ke penginapan. Keluarnya kami dari dewan ketibaan turut disambut oleh urusetia2 kontinjen Malaysia yang telahpun berkampung di sana awal. Di dalam bas, masing2 telah di beri satu simkad secara percuma yang berbakikan 40000kips kredit di dalamnya. Bayangkan satu message dihantar ke Malaysia memakan kredit sebanyak 860kips. Dan kami juga di beri tag kejohanan. Ok. Done about our arrivals. Till we meet again in the next post whick I'll be story about my whole experience being in Laos where you will never find any delicious and halal food there except in the Athelete's Village where they already provide us with halal food with same menu through out the weeks. 

Tag kejohanan dan Sim Kad ETL (salah satu Telco di Laos)..

Wallahualam.. (To be continued....)

Comments