Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara ke-3

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, berpeluang jugak aku nak meluangkan sikit masa bersama blog tersayang. Hmm. Nak tulis pasal ape yek? Haa. Macam biase la, kalau cakap dengan aku kalo tak pasal kehidupan, mesti pasal silat kan. Haha. Dan itulah lebih kurang tajuk yang aku akan kongsikan untuk kali ni.

Pada 11hb-15hb Julai yang lalu, satu Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara kali ke-3 telah diadakan di Stadium Badminton Cheras. Kejohanan tersebut telah disertai oleh 4 buah negara (Malaysia, Vietnam, Brunei, Singapore) dan penyertaan sulung dari Team Wilayah Persekutuan selaku Tuan Rumah kejohanan. Memang first time aku tengok 'live' game pencak silat peringkat International. Hehe. Tapi as usual, aku datang sana bukan tengok semua game pun. Aku just turun menyokong masa pertandingan Silat Seni jer. Maklumlah, memang bidang tu jer yang aku minat pun. Haha. Kebetulan pulak, salah seorang pesilat seni Team Malaysia adalah merupakan team-mate aku masa Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan Team Selangor tempoh hari. Huhu. Best nye beliau berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya. Bila pulak rase aku punya peluang sampai ek. Huhu. Insyallah, Sabar yer Nazrul~

Berikut adalah gambar-gambar pesilat seni yang terlibat dalam kejohanan tempoh hari.

TUNGGAL PUTERA

1) Malaysia

2) Vietnam

3) Wilayah Persekutuan

*****

TUNGGAL PUTERI

1) Singapore

2) Vietnam

3) Malaysia

*****

GANDA PUTERA

1) Vietnam

2) Malaysia

3) Wilayah Persekutuan

*****

GANDA PUTERI

1) Vietnam

2) Wilayah Persekutuan

3) Malaysia

*****

REGU PUTERA

1) Malaysia

2) Vietnam

3) Wilayah Persekutuan

Haa. Penat aku susunkan gambar-gambar kat atas ni ikut placing dorang dapat. So, nak tahu siapa menang untuk setiap kategori Silat Seni leh lah tinjau gambar kat atas ni ek. Hehe. Hmm. Cuma kejohanan ni takde la meriah macam aku expect. Maklumlah, penyertaan pun sikit jek. Cadangan aku, baek buat open terus peringkat international. Baru la meriah sikit. Boleh jugak aku join sekali dalam game macam ni. Haha. Hmm. Ok la. Setakat ni jer dulu.

p/s : Lambat update post pasal Game ni sebab dorang lambat sangat uploadkan gambar kat fb. haha. Nak harapkan gambar aku, sekeping pun takde. Haha. Keje aku merakam jer malam tu Takde masa nak amek-amek gambar. Ok. Sekian. Wallahualam.

Comments

  1. salam,
    boleh x bro upload video2 silat ??

    ReplyDelete
  2. salam,
    boleh x bro upload video2 silat ??

    ReplyDelete

Post a Comment