Game Silat MSSD bulan April !!!

Assalamualaikum.

Baru jer balik dari training silat gayong kat SMK Sg Pusu. Agak penat tapi syukur jugak sebab selamat sampai di UIA Gombak ni. Alhamdulillah.

Seperti aku kata sebentar tadi, aku baru jer balik dari training silat. Tapi disebabkan tadi cuaca agak mendung dan akhirnye menurunkan hujan yang berderai, gelanggang SMK Sg Pusu terpaksa mengadakan latihan silat dalam bentuk kelas teori. Kirenye takde la sesi latihan praktikal tumbuk tendang sume tu. Cuma ade sesi pengenalan tentang pengurusan adat silat seni gayong. Huhu.

..Cikgu Halim yang tengah khusyuk memberi berpatah-patah kata sebagai pengisian untuk kelas teori..

..anak-anak gayong SMK Sg Pusu tengah blur apabila disuruh bertanyakan soklan..

Tapi cuma yang agak memening dan merunsingkan kepala semua gurulatih ialah tentang informasi terbaru mengenai Kejohanan Silat Seni MSSD Gombak yang akan diadakan pada 12 dan 13 April ni. Whattt????? Giler ape! Sekarang ni dah 5 Mac. Adelah dalam sebulan 7 hari lagi nak preparekan budak untuk game tu. Huhu. Dah lah yang nak redykan budak tu untuk kategori silat seni. Then silat seni pulak kalo nak train dari ZERO memang perlukan minimum 4 bulan camtu. Alamatnye terpakselah aku berkorban sikit untuk membantu cikgu aku, me'ready'kan budak untuk game tu dalam masa sebulan ni. Aduss. Dahlah minggu depan full dengan quiz. Pastu terasa bertanggungjawab pulak nak train budak-budak sekolah ni untuk game. Datang hujung minggu pulak ade training kat Damansara (atlet Selangor). Aduyai~

Camne ni?
Jap-jap, ini bukan pertanyaan yer. Tapi juz a statement untuk menunjukkan aku ni tengah bingung. Yang mana satu patut aku utamakan. Hmm. Wat ever!! Sekian.

p/s : Untuk makluman, Kejohanan Silat Seni MSSD ni adalah terdiri dari 4 kategori iaitu Solo (L&P), Tempur (L&P), Masal (P) dan Jurus Wajib (L). Korang paham ker ape yang aku cakap ni. Kalo tak paham, alhamdulillah. Sebab aku cakap dengan diri sendiri. Woha.

Jap2..Alang2 nak kecoh2 sikit pasal semalam aku berpeluang untuk berada dalam majlis forum mengenai Misconception of Religions (Islam, Buddha, Christian & Hindu).

..Terdapat seorang wakil dari setiap agama untuk menerangkan salah faham orang mengenai agama yang mereka anuti..

..Siyes ramai giler manusia kat dalam hall ni..

Done!


Comments

  1. wah.. nape lah masal xde dlm ipt...
    gudluck buat anak gayong SMK Sg Pusu,,,

    ReplyDelete
  2. wah.. nape lah masal xde dlm ipt...
    gudluck buat anak gayong SMK Sg Pusu,,,

    ReplyDelete
  3. Hans : Thx for de wish..

    fitrah : setakat ni utk mssd gombak ni kata sepakat maseh tak diputuskan lagi. tapi mesyuarat ari tu mencadangkan 3 buah sekolah samada SMK Sg Pusu, SK Taman Melawati atau SMK Sg Buloh utk jadi venue tuan rumah..Mungkin mesyuarat seterusnya akan putuskan..

    Zairy : Cuti sekolah ni mgkn takde kot training..sebab dak2 asrama sume balek..nak adekan kem bakat cam ari tu cam tak sempat pulak..last minit..huhu..

    ReplyDelete
  4. Hans : Thx for de wish..

    fitrah : setakat ni utk mssd gombak ni kata sepakat maseh tak diputuskan lagi. tapi mesyuarat ari tu mencadangkan 3 buah sekolah samada SMK Sg Pusu, SK Taman Melawati atau SMK Sg Buloh utk jadi venue tuan rumah..Mungkin mesyuarat seterusnya akan putuskan..

    Zairy : Cuti sekolah ni mgkn takde kot training..sebab dak2 asrama sume balek..nak adekan kem bakat cam ari tu cam tak sempat pulak..last minit..huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment