Best ke Jadi Tutor ???


Assalamualaikum.

Petang semalam selepas aku selesai menunaikan solat fardhu Asar berjemaah di surau Kulliyyah Engineering E0, aku terjumpa sehelai flyers. Memang menarik sebab hatiku pernah terdetik untuk menggagahkan diri cuba cenderung ke arah bidang mengajar setelah berhempas-pulas asyik belajar sahaja bertahun-tahun. Bak kata orang, bila lagi nak digunakan ilmu yang dibelajar kalau bukan untuk dipraktikkan ? Hmm.

Mesti korang pelikkan apa yang aku membebel ni. Baiklah! Flyers yang aku maksudkan adalah seperti di bawah :


Tutor Wanted!
Tapi salah satu penghalang adalah kriteria yang mereka mahu iaitu sekurang-kurangnya 2nd Year dan ke atas. Hmm. Tapi kalau tengok pun majoriti semua subjek tu takde la aku hebat pun. Semua subjek yang aku dah ambek pun resultnye cukup-cukup makan jer. Hehe. Baek jadi cikgu tuisyen kat luar lagi best. Woha! Lagi satu penghalangnye pulak, due datenye semalam. Haha.

Then, lewat petang semalam jugak untuk pertama kalinya setelah hampir 2 sem aku menjejakkan kaki di bumi UIA Gombak, aku berpeluang untuk membeli juadah di pasar malam (luar UIA). Memang tak dapat dinafikan, juadah-juadahnya hingga menjilat 'muka' tapi kalau ikut hati jer masa nak beli tu, confirm duit macam air jer keluar. Huhu. Tapi papepun setelah di buat kira-kira, aku hanya spend RM9 jer untuk beli juadah disana. Quite expensive compare dengan beli kat cafe.

Tengah-tengah runsing dan confuse nak pilih makanan apa untuk dinikmati malam tu, aku terserempak dengan kedai jual minyak ATAR. Memang hajat dihati nak beli sebotol tapi disebabkan harganya terlampau 'murah' iaitu RM10 sebotol kecik, aku terpaksa menggagalkan hajatku. Huhu. Tapi kalau tengok balik, minyak ATAR tu bukan jenis yang biasa punya. Tapi jenis minyak Kasturi. Hmm. Ape kelebihan minyak Kasturi ek? Kebetulan sempat aku grab flyers dari kedai tu jugak.


Bacalah flyers kat atas ni kalo nak tahu sedikit kelebihan minyak Kasturi. Hmm. Ok lah. Setakat ni jer kot untuk perkongsian kali ni.

Sebelum tu nak timbulkan satu persoalan sikit. Best tak jadi tutor? Kepada tutor-tutor diluar sana, tolong jawab soklan aku nih! Sekian.

Wallahualam.

Comments

  1. Jadi tutor electronics... Marzuk dapat 60/60... Kesian Nazrul, dapat sikit je...59/60...

    ReplyDelete

Post a Comment