Last Silat Training

Salam..malam ini merupakan malam terakhir aku bersilat di gelanggang uia pj ini sebagai seorang pelajar matrik uia kerana insyallah jika diizinNYA bulan depan sudah genap dua tahun aku menjejakkan kaki di uia pj ini dan sudah tiba masanya aku melangkah keluar untuk menyambung belajar ke peringkat ijazah sarjana muda di Uia Gombak.

Disebabkan malam ini ialah latihan silat terakhir untuk sem ini, bilangan ahli-ahli yang hadir turut memberangsangkan dan suasananya agakmeriah dari sebelum2 ini. Yang tak datang ujian pun hadir pada malam ini. Aku pula last minit diberitahu bahawa kelas ganti untuk Math akan diadakan jam 8 malam ini. So, disebabkan prinsip aku" academic come first", aku pun terpaksa turun latihan silat lewat sikit dari sebelum2 ini. Namun, kadatangan yang agak lewat tidak sikit pun menjatuhkan semangatku. Malam ini, Cikgu Selamat lebih fokus kepada latihan gerakan asas pelajaran hitam kosong. SO, disini baru aku sedar yang majority semua gerakan asas aku masih banyak yang perlu diperbaiki terutama gerakan yang melibatkan kaki seperti sepak juring dan tebar jala. Cikgu Selamat sering memberi peringatan tentang salah satu kelemahan yang ada dalam gayong iaitu kelemahan dari sudut serangan yang melibatkan kaki. Dan bermacam-macam input yang aku dan sahabat2 gayong yang lain dapat sepanjang latihan 3 jam itu.

Semasa latihan tersebut dijalankan juga, ada beberapa orang yang telah ditugaskan untuk menangkap gambar sempena latihan terakhir sem ini untuk didokumentasikan dan dipostkan dalam blog rasmi pssgm uia pj.Dan di akhir latihan ada dijalankan sesi bergambar secara rasmi beramai2 dengan berpakaian silat lengkap di gelanggang. Disebabkan internet di kampusku ini terlampau lembab tahap gaban, aku tak berpeluang untuk upload gambar2 yang telah ditangkap.

Begitulah latihan terakhir untuk sem ini. Walaupun selepas ini aku sudah tak bergelar pelajar matrik uia lagi, insyallah aku akan cuba turun gelanggang matrik uia untuk membantu Cikgu Selamat mengajar dan yang pastinya untuk aku belajar. Tak sangka masa berlalu terlalu pantas. Semoga semua kenangan2 bersilat di matrik uia pj sentiasa terbuku didalam hatiku. HIDUP GAYONG UIA PJ!!..Salam..

p/s : To all members of pssgm uia pj, all the best for your final exam next week. Semoga dapat keputusan cemerlang. Ingat, jangan terlalu taksub dengan silat sehingga lupakan akademik. Jangan lupa "usaha + doa + tawakal = berjaya"..(^_^)..Wallhualam..

Comments