Battle of Nasyeedian '10

Assalamualaikum..

Hatiku malam ini takkan tenang selagi aku tak menulis apa yang terkandung dalam hatiku ini. Hatiku ingin membicara mengenai satu program yang dianjurkan oleh Culture And Art Club Uia PJ iaitu Battle of Nasyeedian. Majlis yang agak meriah ini dihadiri oleh tiga orang juri jemputan iaitu Muaz, Shahril(in-team) dan Halim(Devotees) bagi menapis dan menilai kesemua kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Lima kumpulan telah mengambil bahagian dan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar uia pj first year dan second year.


..Soutul Amal..

..Generation..

..Serovose..

..Soul..

..The Verse..

Dan pada pengakhiran majlis ada diselitkan nyanyian dari bekas Juara dan Naib Juara Battle of Nasyeedian tahun lepas iaitu kumpulan Etika dan Saljuk. Dua lagu yang didendangkan oleh mereka ialah lagu 'Kekasih Awal dan Akhir' dan 'Ayat-Ayat Cinta'. Hasil dari gabungan suara yang agak mantap disusuli dengan pitching yang tak berapa nak lari serta acapella yang tak berhenti-henti dari awal lagu, persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh dari semua penonton-penonton yang berada dalam dewan itu dan tak lupa juga mendapat pujian dari salah seorang juri. Boleh kata best juga majlis malam ini dengan ada MC yang hyper aktif cerita benda-benda yang mengarut sampai buat ramai orang mula bersuara macam-macam di bahagian belakang.

..Etika (Kekasih Awal & Akhir)..

..Etika + Saljuk (Ayat-ayat Cinta)..

Krew-krew serta P.A System jemputan dari luar yang dikenakan bayaran Rm1200 untuk dua malam yakni bayaran yang agak murah telah menjadikan P.A. System pada malam ini gempak gila. Dan di penghujung majlis ada sesi komen dari ketua juri Bro Shahril In-team dan disusuli dengan majlis penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang. Tahniah diucapkan pada yang menang. Dan yang gagal boleh REPEAT lagi tahun hadapan. Haha..Itulah bulat-bulat kata yang dikeluarkan dari mulut Bro Shahril In-team. Walaubagaimanapun, kita kena sedar motif utama adalah debagai medium dakwah. Menang atau kalah adalah nombor dua. Sekiranya kita menyampaikan lagu dengan niat yang betul dan tulus, insyallah Allah akan kurniakan pahala mahupun keberkatan kita hidup diatas muka bumiNYA ini.

Tapi malangnya aku tak sempat bersama majlis sehingga ke penghujungnya atas sebab pada keesokan hari, aku ada quiz dan viva (praktikal chem experiment). So, tak sempat aku nak dengar kumpulan siapa yang menang. Tapi tak apa, yang penting esok aku ada quiz pukul 7 pagi then pukul 9 pula aku ada viva. So, aku kena cau dulum nak tidur dan berehat minda. Assalamualaikum..

Comments