Bengang Gila

hari ini merupakan hari yang membengangkan aku..bukan apa, aku tahu aku ini memang seorang yang tak pernah peka dengan keadaan sekeliling..untuk mengecilkan scope, kita boleh tengok program-program besar yang dijalankan di kampusku, uia pj..seperti RAFEST yang sedang berlangsung sepanjang minggu ini..banyak program-program yang dijalankan bersempena dengan RAFEST ni..antaranya Green Day dimana pada hari itu semua warga uia pj digalakkan untuk memakai pakaian warna hijau dan pada sebelah malamnya pula dijalankan earth hour tapi hanya selama 5 minit saja..selain itu pembukaan gerai-gerai untuk setiap kelab juga ada..dan macam-macam lagi..

kembali kepada situasi aku pada hari ini, aku bertanya kepada sahabat aku ini "E cafe buka tak hari ini?"sebab selalunya lepas sembahyang jumaat kami sebilik akan pergi lunch kat sana..lepas itu dia jawab.."kau ini memang tak peka dengan keadaan sekeliling..kau takkan tak biasa macam RAFEST sebelum ini"..lepas itu aku pun jawab.."yer la..sebelum ini aku kan selalu balik hujung minggu"..:(

walaupun dia cakap aku macam itu saja..tapi aku agak terasa dengan kata-kata dia tadi..bukan apa, dia ini memang seorang yang berjawatan tinggi dan senang cerita memang tahu semua program yang berjalan kat uia pj itu..tapi yang membuatkan aku bengangnya ialah aku dah tidur satu Compartment dengan dia, dah selalu lepak dengan dia, bergelak ketawa dan gurau dengan dia..tapi jarang pula dia sekurang-kurangnya beritahu aku apa updated program or event kt uia pj itu..sebab aku selalu tak aware dengan sekeliling la aku selalu lepak bersama dia dengan harapan dia boleh sentiasa beritahu dan mengingatkan aku tentang program yang akan/sedang dijalankan kat uia pj itu..sama ada dia sedar atau tak saja..nak membayangkan perasan aku masa itu memang terasa macam nak pukul orang dan dalam hati ini memang tak henti-henti mencarut..adusss..

aku pun tak tahu kenapa aku sekarang ini cepat naik angin..dan kalau orang yang dah lama kenal aku..aku ini memang suka senyap dan isolate my self when not in the good mood..so, sesiapa yang terasa bila aku tengah bengang, aku minta maaf sangat..itulah diri sebenar aku..itu saja kot sekadar meluahkan rasa bengang yang membara dalam hati nuraniku ini..sekian.

Comments