Aku Malu
Malam ini ade satu perkara telah memalukan aku..sama ada, ada yang sedar atau tidak..malam ini aku telah dilawati oleh seorang sahabatku yang berbadan agak besar..tujuan utama dia datang kebilik aku adalah atas urusan lain..namun dia sempat memberitahu aku satu perkara yang agak memalukan aku..
Dimana seorang jiran biliknya yang juga merupakan ahli silat gayong telah memberitahu dia bahawa aku telah dikalahkan teruk dalam serangan bebas semasa ujian kenaikan bengkong tempoh hari..bukan itu sahaja, dia(sahabatku) juga telah diberitahu bahawa aku telah dikalahkan oleh 3 orang budak sekolah menengah sehingga mulutku berdarah..adusss..malunya..tak tahu nak letak mana mukaku ini..namun aku still dapat membidas kembali dengan bersikap jujur bahawa aku bukan seorang yang mahir dalam bidang sparing(serangan bebas)..
Nasib baik dia seorang yang bukan mudah bersosial dengan orang lain..harap-harap benda seperti itu tak tersebar ke seluruh pelosok uia pj ini..tapi mungkin ada hikmahnya, mungkin Allah nak suruh aku menguasai bidang itu..insyallah, hajat dihati memang nak cuba cenderung ke bidang sparing tak lama lagi..
Comments
Post a Comment