Kenape Hari Jumaat? Err..



Assalamaualaikum.



Selamat Hari......err..

Selamat Hari JUMAAT!! haha..

Ok. Kalau dulu mase aku muda2 (means masa zaman sekolah), detik paling aku seronok ialah Hari Jumaat sebab last day hari persekolahan. Esok die CUTI! memang heaven giler. Haha. Tapi, ape sebenarnye keistimewaan Hari Jumaat ni ek? Hmm. Ayuh sama2 kita rungkaikan persoalan ini.





1. Allah menciptakan Nabi Adam AS dan mewafatkannya.



2. Hari Nabi Adam AS dimasukkan ke dalam Syurga.



3. Hari Nabi Adam AS diturunkan dari Syurga menuju Bumi.



4. Hari akan terjadinya Kiamat.



5. Berhimpunnya semua Umat Muhammad SAW kaum Adam AS di seluruh dunia bagi menyahut seruan kefardhuan Solat Jumaat dan mendengar khutbah.



6. Hari yang paling Mulia dan Penghulu segala Hari.



7. Terdapat padanya waktu yang mustajab untuk berdoa.



8. Dosa-dosanya diampuni antara Jumaat tersebut dengan Jumaat seterusnya.



9. Hari perkahwinan Saidina Ali dengan Siti Fatimah.



10. Hari perkahwinan Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah RA.



11. Hari perkahwinan Nabi Adam AS dengan Siti Hawa.



12. Hari perkahwinan Nabi Yusof AS dengan Zulaikha.



13. Hari perkahwinan Nabi Musa AS dengan Shafrawa.



14. Hari perkahwinan Nabi Sulaiman alaihissalam dengan Balqis.



15. Hari perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Siti Khodijah.



16. Hari Raya tahun 2010 jatuh pada hari Jumaat.



17. Hari Birthday aku untuk tahun 2009 jatuh pada hari Jumaat. (Haa. dah mula mengarut)



18. Setiap hari Jumaat, aku kene turun training kat pergunungan dan memang sangat2 memenatkan.



19. Setiap hari Jumaat, kene ambek kakak aku kat MMU sebab takot die sesat setiap kali nak balik rumah hujung minggu. Haha.



20. Kalo kat negeri2 belah TIMUR, hari Jumaat dorang HOLIDAY.



21. Errr. Nak cakap. Tapi takot makin mengarut jek. Ok. Last. Hari Jumaat istimewa sebab antara semua hari cuma hari Jumaat jer nama die JUMAAT. Woha!





Haha. Kepada sesape yang nak tambah lagi keistimewaan Hari Jummat ni boleh listkan kat komen post ni ek. Amat2 dialukan. Sekian.



p/s : makin MENGARUT, akibat tak cukup tidoo~ Haha. Kepada kaum Adam AS, jangan lupe Solat JUMAAT hari ni. Kita sama2 dengar khutbah pasal Ramadhan. Insyallah.



Wallahualam.



Comments