Friday, 5 August 2011

Kedekutnya Pak Cik ni~

Assalamualaikum.

Insyallah sementara menunggu laungan azan maghrib berkumandang yakni waktu berbuka puasa, aku nak kongsikan sikit satu cerita kosong mengenai seorang pak cik yang kedekut. Hmm. By the way, kepada sesiape yang tak beli lagi juadah berbuka tu, pergi la beli dulu. Takot kang habes sume makanan bile beli dekat2 nak berbuka nanti. Bila free2 baru baca post aku ni haa.


lawa tak selipar ni? :P

*******

Ceritanya bermula diSINI...

Ade seorang pak cik ni nama nye Ahmad (bukan nama sebenar). Orang panggil die Pak Mad. Dia ni seorang yang alim dan selalu ke masjid. Memang boleh kata tak pernah tinggal solat fardhu berjemaah kat masjid la.

Tapi ramai orang2 yang pergi masjid semua pelik tengok dia. Bukan pe, setiap kali sebelum dia nak melangkah masok masjid jer, dia mesti ber ia2 sorok die punya selipar. Nak kata selipar mahal, selipar jepun jer kot. Orang pun pelik la tengok. Pak ciknye dah tua. Selipar jepunnya pun dah buruk. Sehinggalah satu hari ditegur orang salah seorang hamba Allah yang penulis bagi nama Sabri (pun bukan nama sebenar).

Sabri pun tanya kat Pak Cik tu,
"Pak Cik! Kenapa pak cik semangat sangat menyorokkan selipar jepun pak cik sedangkan selipar pak cik dah buruk dan lapok dek telan zaman. Ade ke orang nak?".

Pak Cik tu pun jawab,
"Pak cik saja nyorokkan selipar buruk pak cik ni sebab tak nak orang lain sengaja curi / pakai tanpa izin atau tercuri atau terhilangkan atau what ever. Sebab pak cik tak nak dorang dapat DOSA sebab selipar pak cik ni haa. Tu jer. "

Lepas2 tu baru la Sabri mengerti sebab ape la orang tua ni batak sangat nak nyorok selipar buruk die tu. Woha!

-The End-

*******

p/s : walaupun cerita kosong ni pendek jer, tapi intipati nyer mendalam. So, nasihat buat pencuri2 selipar kat luar sana tu, tak usah la mencuri.


Nak tahu tak ape kesan korang MENCURI SELIPAR tu?

Kalau korang curi selipar milik A, A akan curi selipar milik B sebab takkan A nak balik rumah kaki ayam jer kot. Pastu B pulak akan curik selipar milik C dan begitulah seterusnya. Then aku nak tanya DOSA semua orang yang MENCURI ni sape yang tanggong? Fikir2kan.

1st : Korang dah menyusahkan orang lain. Orang pegi masjid nak kumpul pahala, bila nak balik jer dah hilang dah pahala tu sebab mencuri.
2nd : Dosa korang tanggung. Sebab korang punca orang lain mencuri.


Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...