Monday, 8 August 2011

Kau FOLLOW aku, aku FOLLOW Kau!

Assalamualaikum.



Selamat menjalani Ibadah Puasa untuk hari yang ke-9 Ramdahan 1432H. Cepat giler mase berlalu. Sedar2 dah nak habes 10 malam pertama Ramadhan. Kalau orang yang stok nak khatam al-Quran bulan Ramadhan ni sepatutnya dah dekat nak habes baca satu per tiga al-Quran dah. Huhu. Hmm.



Ok. Insyallah kali ni aku nak kongsi sikit sebab musabab kenapa blogger2 baru ni giat dalam aktiviti follow MEMfollow ni. Kalau kat group fb Sahabat Blogger or Kelab Blogger tu, memang boleh kata wajib la setiap hari aktiviti seperti ini terjadi. Aku seorang yang masih baru dalam Dunia Blogging. So, mungkin pendapat aku ni tak semua boleh terima especially taiko2 blogger Tanah Air. Huhu.





1. Bagi aku, hanya dengan giat dalam aktiviti follow MEMfollow ni jer la boleh menaikkan trafik blog kitorang selaku newbies. Maklumlah, blog yang dah memang ramai follower tu, kalau korang buat post ke, confirm2 sampai kat follower korang. Then, dorang boleh senang2 baca update korang.



2. Bagi aku, follower yang banyak boleh menjadi 'catalyst' atau pemangkin untuk kitorang terus blogging. Yang ni aku tak tipoo. Macam aku, kalau sekali bukak jer blog aku, tetibe tengok follower ramai, BEST kot! then mestilah tak nak hampakan follower aku yakni dengan sentiasa mengupdate blog. Haha.



3. Bagi aku, dengan giat MEMfollow orang ni, secara tak langsung dapat mendedah diri kita dalam dunia penulisan. Maklumlah, blogging sometimes is about writing to express something in WORDS. Bila dah kate menulis tu, ade la cara nak menarik perhatian orang dalam kaedah penulisan. Hmm. Lebih kurang cam tu la. Tapi aku tengok, yang blogger2 hebat majoriti nyer guna bahasa sempoi jek. Mungkin sebab sempoi tu kot ramai yang drop by. Woha!



4. Bagi aku, dengan giat follow MEMfollow jugak dapat beri peluang kepada kita untuk learn something new. Maksud aku dapat belajar daripada blogger taiko mengenai ubahsuai templates, camne nak tambah widget2 dan seumpamanya. Kita juga dapat membandingkan kekemasan dan tarikan seni templates / header blog masing2 untuk sentiasa diupgrade. Waa. Semangat betol aku. Haha.



5. ......Aku dah blur. :P Yang lain pikir la sendiri yek. Tapi ape pun, memang mula2 jer semangat nak ade follower ramai2. Tapi aku nak tengok jugak berape lama 'mula2' nye ni. Hehe.





Ok. Sebelum berundur, ade satu poster yang aku nak kongsi kat korang. Kot2 ade yang terserempak ker dengan beliau ni.







Aku pun tak tau nak cakap pe. Bulan2 puasa macam gini pun ade jugak manusia yang buat perkara2 camni. Sama2lah kita berdoa agar keluarga beliau tabah menghadapi Ujian ni. Nak info update or pertanyaan, boleh klik sini. Sekian.



Wallahualam.



1 comment:

  1. betul,stuju sangat.Kadang kadang bila baca saranan blogger2 otai supaya elak kan budaya folow mengfollow ni rasa down pulak haha.So cara selamat yang saya buat just blog walking,comment entri,tinggalkan link dan kalau jumpa blog yang menarik hati sy akan follow :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...