Sunday, 28 August 2011

Jejak Musafir Berakhir..



Assalamualaikum.


Ramadhan dah sampai ke penghujung. Bermakna destinasi permusafiran aku telah pun berakhir. Malam tadi merupakan iktikaf aku kali terakhir di bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah, berjaya lakukannya di Masjid Wilayah Persekutuan bersama adik untuk pertama kalinya. Bersahur di hari terakhir Ramadhan dengan menikmati juadah Nasi Lemak yang disediakan di masjid tersebut.


Walaupun ramai yang sibuk membuat persiapan aidilfitri, ade juga kelihatan kelibat anak-beranak yang masih beriktikaf tidur di Masjid Wilayah untuk menunaikan qiamulail malam tadi. Respect dengan mereka.




Ok. Hari ni hari last puasa. Malam ni confirm ramai yang dah mula bakar lemang. Masak rendang. Ganti ape yang patut. Lepas bukak pun dah tak sibuk nak siap2 sebab dah takde tarawih. Tapi solat maghrib still kene tunaikan ek. Hehe.


Yang budak2 dah mula bakar mercun. Meletop sana, meletop sini. Habes lah malam ni, tak aman aku tidur. Dah la buat orang sakit hati, pastu boleh sakitkan diri mereka sendiri pulak tu. MERCUN. Memang dah sinonim dengan patah tangan la, putus jari la, keluar bijik mata la, dan macam2 lagi. So, JAUHILAH MERCUN! Kalau nak main sangat, layan bunga api cukop. Haha.


p/s : Pastikan korang SEMPAT menyarungkan baju raya BARU korang dan tunaikan solat sunat Aidilfitri bersama keluarga esok yer. Sekian.


Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...