Thursday, 4 August 2011

Cari Juzu' Tanpa Membuka al-Quran.

Assalamualaikum.
(..Sebelum tu, post ni khas untuk golongan2 yang bukan tahfiz yakni yang bukan Penghafaz Quran..Sebab kalau dah hafal, mesti dah tau kan muka surat untuk setiap juzu'..Woha!)

Salam di hari ke-5 Ramadhan. So, macam mane puasa kalian semua? Insyallah, semoga kita sama2 berjaya dalam berperang dengan nafsu kite sendiri sehingga penghujung Ramadhan ni.

Hmm. Untuk tatapan kali ni, suka untuk aku kongsikan sedikit ilmu yang mungkin ade yang dah tau dan mungkin ade yang akan tau selepas ni. Ilmu tersebut adalah bagaimana kita mengetahui muka surat untuk setiap juzu' al-Quran tanpa membelek al-Quran itu sendiri.

Hehe. Pelik tak? Tak sentuh Quran pun dah boleh tahu muka surat sekian juzu' sekian. Hafiz (Penghafaz Quran) ke ape ni. Haha. Caranya adalah seperti berikut :

Ok. Kita katakan juzu' yang kita nak cari tu sebagai X.

Formula die,

X - 1 = Y
Y x 2 = Z
Kemudian letakkan angka 2 selepas angka Z

Haa. Ok2. Confirm korang tak paham kan. Jom kite tengok contohnya.

For instance, kite nak cari Juzu' 4 mula kat muka surat no. berape kat dalam Quran.
So, kite assume 4 = X.

4 - 1 = 3
3 x 2 = 6
Letakkan angka 2 selepas angka 6. Yakni 62!

Haa! Cube cek betol tak. Kalau tak percaye la. Hehe.

Ok lah. Kalau ade yang ragu2 lagi, boleh try cari juzu' 1 sampai juzu' 30 satu persatu gune formula kat atas ni. Insyallah, selagi Allah SWT izinkan, mesti dapat punye. :)

Wallahualam.

2 comments:

  1. owh..mcm gitu yer..tp kalu sekadar tau tp x bace x gune kn....haaa..marilah membaca Al-quran!

    ReplyDelete
  2. haa tu aku tho..xde nme plok

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...