Rancang Perjalanan ANDA!

Assalamualaikum.


tak jelas? boleh klik gambar.


Musim perayaan bakal tiba. Orang ramai ade yang dah start bertolak ke kampung halaman masing2. Ade yang plan nak bertolak pagi RAYA. Ade jugak yang memang dah plan tak nak bertolak langsung. Woha! So, kepada pemandu2 tanah air yang nak pulang beraya di kampung halaman, marilah sama2 kite ikut Jadual cadangan waktu perjalanan Lebuhraya PLUS sempena cuti Aidilfitri dan Kemerdekaan untuk mengelak kesesakan lalu lintas yang agak teruk menjelang Syawal nanti.


Kepada golongan2 yang suka memandu seperti kene kejar anjing GILA tu, bawak2lah fikir pasal keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Kekadang disebabkan kesilapan kita, orang lain jadi mangsa. Cuba bayangkan kalau mangsa tersebut adalah dalam kalangan kaum kerabat kita. Nauzubillah. Renung2kanlah. :)




Ops Sikap ke-24 telah bermula sehingga 6 September depan. Penggunaan kamera pengesan kesalahan lalu lintas berteknologi tinggi juga ditambah dan dipasang di laluan utama yang berisiko tinggi berlaku kemalangan. So, kalau tak nak kene saman beratus-ratus, ikutlah kelajuan yang sepatutnya ek. Hehe. Lagi satu kalau ade IDEA boleh sumbangkan ke email @ fb di bawah. IDEA nak elak kemalangan la ek. :P




Antara 'laluan MAUT' yang telah dikenalpasti oleh JPJ sepanjang hari perayaan ialah :
Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi
Kota Tinggi-Pengerang
Johor Bahru-Skudai
Johor Bahru-Pontian
Kota Tinggi-Mersing-Endau
Mersing-Kluang
Skudai-Kulai-Simpang Renggam
Kulai-Kota Tinggi
Pontian-Batu Pahat-Muar
Batu Pahat-Ayer Hitam
Muar-Yong Peng
Muar-Batu Pahat
Muar-Tangkak.


MEMANDULAH DENGAN CERMAT.
INGATLAH ORANG YANG SAYANG ANDA.
ANDA TERLEBIH MAMPU MENGUBAHNYA!
SEMUANYA BERGANTUNG PADA ANDA.
ANDA! ANDA! dan ANDA!


Wallahualam.


Comments