Sunday, 28 August 2011

Ingatkan dah TAKDE orang. Rupe2nyer..



Assalamualaikum.




Mak aih~ Lengang giler lebuhraya. Standard kalau dari Rawang nak gerak ke Ampang ambek masa 45 minit. Tapi sekarang ni tak sampai setengah jam dah sampai. Woha! Tapi mana manusia yang lain ek? Nak kata balik kampung, mungkin kot. Tapi RUPA-RUPANYA kat pasaraya masih ramai lagi makhluk Allah yang bergelar manusia giat shopping sakan. Buat penuh parking jer. Nak tawar-menawar pun dah tak shok. Sesak sangat. Silap2 kene buat lampu isyarat kat dalam shopping kompleks tu setiap kali menjelang aidilfitri. Haha.




haaa. Hari ni aku bukak puasa kat luar dengan adek aku. First and the last berbuka di restoran fast food untuk Ramadhan ni. Ingat nak bajet keluar RM10 satu kepala jer. Bila dah habes order, keluar jer bil, tengok2 RM45! Giler ape. Tapi takkan nak tarik balik order tu. Layan jer la. Haha. Habes la diet aku. Lepas raya nanti terpaksalah REDUCE balik. Hoho.


p/s : pengisian sementara menanti saat berbuka. Selamat Berbuka kepada Semua!


Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...