1 Syawal 1432 Berakhir..



Assalamualaikum.


Hari RAYA yang menyeronokkan. Malam hari yang meriah dengan aktiviti bersama saudara-mara sebelah mak. Alhamdulillah, selesai sudah kita berada di 1 Syawal. Semoga kegembiraan hari ini mampu memberi 1001 makna dan kesan buat kita untuk menghadapi 11 bulan seterusnya sebelum kedatangan Ramadhan di tahun depan.


bergambar sebelum bertolak..bersama anak buah tersayang..hehe


Ok. Bermula dari petang tadi, permusafiran kami sekeluarga pulang ke kampung halaman yang terletak di Ipoh, Perak mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tiba dalam lingkungan 6.00 petang. Diberitahu pada malamnya akan diadakan jamuan BARBEQUE sempena menyambut Hari Kelahiran anak buah aku (anak sepupu aku) yang di beri nama Alif Danish bin Muhd Zhafran. Bertuah! Hari lahir jatuh pada tarikh 1 Syawal tahun ni.


barbeque time!


tak dapat main mercun..bunga api pun jadi la..haha..


..birthday BOY!!..masuk umur 8 tahun..


kebetulan, rumah jiran main mercun..ambek kesempatan snap sikit picture..hehe..


Lama jugak aku tak merasa suasana RAYA di kampung. Dengan budak-budak berlarian main bunga api + mercun. Golongan dewasa sibuk memberi DUIT RAYA kepada budak2 bawah umur. Tapi rezeki aku tahun ni, dapat jugak duit raya. Yaahhoooo! haha. Sekian.


Wallahualam.


Comments