Nuzul Quran Kembali!



Assalamualaikum.


Penulis ingin mengucapkan


SELAMAT MENYAMBUT HARI NUZUL QURAN SEDUNIA




Eh2. Betol ke SEDUNIA. Hmm. Mesti la kan. Dah satu dunia sambut Nuzul Quran hari ni kan. 17 Ramadhan bersamaan 17 Ogos 2011. Ok. Peristiwa Nuzul Quran ni biasanya disinonimkan dengan satu peperangan yang telah berlaku di tarikh yang sama yakni PERANG BADAR. Done!


Sempena dengan sambutan Nuzul Quran ni, ayuhlah kite memperbanyakkan bacaan ayat2 suci al-Quran. Yang lagi moleknye biar kite target khatam sekali sepanjang Ramadhan ni. Lagi bagus.


Strategi Khatam Sebulan Ramadhan :-
Al-Quran ade 30 juzu'.
Sebulan pun kurang lebih ade 30 hari.
1 juzu' ade 20 mukasurat.
20 mukasurat pulak dibahagi untuk setiap waktu solat(5) ialah 4 mukasurat.


::Setiap hari baca 4 m/s untuk setiap kali lepas solat fardhu. Amacam? Hehe.


Kan boleh khatam bila sampai akhir Ramadhan. Tapi kalau sekarang ni (17 Ramadhan) sepatutnya dah nak masuk m/s ke 340 la. Woha!


Ok. Papepun. Selamat maju jaya kepada yang masih BERPELUANG untuk mencubanya.


Kepada negeri2 yang telah diberi CUTI UMUM seperti :
KELANTAN
PAHANG
PERAK
PERLIS
PENANG
SELANGOR
TERENGGANU


Harap boleh lah duk rumah baca Al-Quran bebanyak yek. Hehe. Ambek peluang ni sebab kalau kerja sibuk sangat, takde masa nak baca Al-Quran. Tak ke gitu? Haha.


Jap2. Ade perutusan dari PM kite,


"Sempena Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan ini, saya harap rakyat Malaysia beragama Islam mengambil peluang menghayati kandungan kitab suci ini. Lebih-lebih lagi di dalam zaman IT, kemudahan seperti internet dan aplikasi telefon pintar mampu mempermudahkan penghayatan Al-Quran. Kitab ini bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi juga menjadi petunjuk pelbagai bidang kehidupan manusia seharian merentasi zaman."


Perdana Menteri Malaysia
Dato' Seri Najib Razak
Sumber : klik SINI


kalau ade orang baca kan lagi bagus! Woha!


p/s : aduss. banyak lagi m/s aku tak cover lagi.(X_X)


Wallahualam.


Comments