Friday, 19 August 2011

Fasa terakhir Ramadhan Tiba.



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, kite telah pun berjaya tiba di permulaan bagi fasa terakhir Ramadhan yakni fasa Pembebasan daripada Api Neraka. Pejam celik pejam celik dah nak habes dah Ramadhan. Cepat jer masa berlalu. Kalau zaman nabi dulu, bila tibe jer penghujuung Ramadhan semua SEDIH sangat dan BIMBANG takot2 tak ketemui Ramadhan pada tahun berikut nye.


Tapi, kalau zaman sekarang pulak, sama jugak semua SEDIH bangat dengan pemergian Ramadhan sebab..


1. Zon mengurangkan berat badan dah tiba dipenghujungnya bagi golongan yang diet macam AKU! Lepas ni confirm badan naek balik. Haha.


2. Zon keriangan bermain mercun dan berlari2 bertempiaran mambuat bising di masjid2 ketika taraweh bakal berakhir bagi golongan kanak2 yang belum mumaiyiz. Remaja pun kekadang ade jugak aku nampak. Yang aku risau takot Imam jer kang melatah mase tengah bawak solat jek. Woha!


3. Zon lepak-melepak bersama aweks di malam hari ketika orang sibuk solat tarawih juga berakhir bagi golongan remaja2 yang rosak akidahnya. Siapa yang harus dipersalahkan?


4. dan ade jugak yang MENANGIS keseronokan sebab ketibaan Syawal yang bakal mereka raikan untuk setiap tahun dah dekat sangat. Maklumlah, waktu hujung2 Ramadhan ni jugaklah ramai yang sibuk beli barang untuk raya, buat kuih raya la, bakar lemang la and everything.


5. dan lain-lain. Lu Pikir La Sendiri!


Ok. ni senario menyambut 10 malam terakhir ramadhan zaman sekarang ni. Setuju? Tak setuju pun takpe. Bukan aku kesah pun. Hoho.




Kite pun sedia maklum, dalam 10 malam terakhir ni jugak ade kelebihannya yang takde pada bulan2 Islam yang lain yakni Malam Lailatul Qadr. Tak perlu aku ungkapkan ape itu Lailatul Qadr. Cukup sekadar potongan ayat al-Quran dibawah ni bagi menggambarkan kelebihan yang ade padanya.


“Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.”
(Surah al-Qadar, ayat 3)
Kalau kite tengok nabi Muhammad SAW dulu, hanya untuk beribadat lebih sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan, macam2 baginda gadaikan sehingga sanggup tak tidur bersama isteri2 nya untuk setiap malam 10 Ramadhan terakhir.


Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Tapi ape pulak pengorbanan yang kite buat sepanjang menghadapi 10 malam terakhir ni. Adakah kite tergolong dalam kalangan umat yang sibuk dengan persiapan Aidil Fitri jugak? Fikir2kan.




p/s : Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi 10 malam terakhir Ramadhan dengan mengamalkan segala sunnah nabi SAW. Iktikaf di Masjid. Tadarus Al-Quran. Bangun Qiamulail. Banyak bersedekah. dll. Banyak betol perbezaan suasana atau biah bila berpuasa di kampus dan di rumah. Sekian.


Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...