Thursday, 2 February 2012

Mendapat Surat Cinta

Assalamualaikum.

Sebelum kalian mentafsirkan pape mengenai tajuk post ni, biar aku nyatakan surat cinta yg dimaksudkan penulis ialah helaian bertulis yg berunsurkan sesuatu yang menyakitkan hati penulis.

Ok. Kelmarin memang layan pegi lunch kat kfc bersama sahabat seteam. Tapi malangnya akibat dari parking kereta yang bukan pada tmptnya, maka terselitlah surat cinta di bahagian viper cermin depan kereta porcheku. Damn! Ingatkan kene saman ngan majlis perbandaran ke ape, tengok2 saman polis. Haih. Panas gak. Dah kondisi pekan kajang ni dah sesak giler, mane la ceruk aku nak cari parking. Bukan ganggu org lalu lalang pun. Huhu.

Then, kes petang tadi pulak hajat nak pergi lunch kat MidValley. Lagi menyakitkan hati. Tak pasal2 melayang rm50 cam tu jek. Camne la tiket parking kat mid valley tu boleh hilang pulak. Punye la rushing nak balik awal. Last2 mmg lewat terus. Dah tu, kene bayar pulak tu. Kalau tak, memang tak dpt keluar la kan dari parking tu. Huhu. Dah bayar tu, confirm ade resit en. Resit tu la surat cintanya. Haha

Akibat daripada surat cinta ni la aku terpaksa saving untuk dinner malam ni. Terpaksa pekena minuman jer la. Huhu.

Wallahualam.
Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...