Nasi Lemak TELANJANG -Chef Wan-
Assalamualaikum.
Satu tamparan hebat dirasai oleh pihak Malaysia Airlines System (MAS) apabila nasi lemak yang disediakan oleh mereka digelar "Nasi Lemak TELANJANG".
Yes. Sangat-sangat tak dinafikan. Dari sudut pandangan penulis sendiri hidangan yang disediakan oleh pihak penerbangan sewajarnya mempunyai mutu sebagai tarikan kepada pelancong-pelancong luar apatah lagi jika hidangan tersebut merupakan hidangan sarapan terkenal Malaysia seperti Nasi Lemak.
Sangat memalukan. Apa tak nya, hidangan Nasi Lemak yang hanya disertakan sambal dan telur rebus saja. Memang padan sangat digelar telanjang. Mana perginya timun dan ikan bilis. Kalau ikut cita rasa penulis, ikan bilis yang rangup juga merupakan salah satu yang faktor menyumbang kepada keistimewaan nasi lemak itu sendiri.
Memang tak boleh disangkal, mungkin kalau dikritik orang biasa, pihak MAS tak akan ambil peduli. Tapi sekali dikritik oleh chef profesional bertaraf antarabangsa, aku yakin pihak MAS akan lebih peka dalam menyediakan nasi lemak yang lebih berkualiti di masa akan datang.
Berikut ialah caption penuh yang ditulis sendiri oleh Chef Wan menerusi laman Instagram beliau.
“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”
Tambahan pula, tahun 2014 merupakan tahun melawat Malaysia dan sudah pastinya peratus kedatangan pelancong asing ke dalam negara akan bertambah. Dan melalui apa mereka datang ke sini kalau bukan majoritinya melalui khidmat penerbangan.
Comments
Post a Comment