From TMCC to Mid Valley MM


Assalamualaikum.

Sector Focused Career Fair. Tapi tak berapa nak focus kat bidang ENGINEERING sangat. Hmm.

Pulang dari Sector Focused Career Fair (SFCF) yang diadakan di TM Convention Centre, Petaling Jaya. Alhamdulillah, sempat menghantar beberapa resume/CV secara terus ke beberapa booth company yang terpilih seperti PROTON, Petronas, UEM dll.

Pada mulanya tiba di luar Exhibition Hall, kami telah disapa oleh committee. Lengan kanan kami ditampalnya sekeping stiker bulat dan diarahnya kami untuk mendaftarkan diri menerusi online di komputer yang telah disediakan di luar Exhibition Hall.

Selesai mendaftarkan diri, kami terus melangkah masuk ke dewan exhibition. Nampak ramai kelibat-kelibat manusia yang bermacam rupa berlegar-legar, bermundar-mandir ke sana ke mari, berjalan dalam kelompok dan ade yang masih mencari-cari booth syarikat-syarikat terpilih. Ramai rupanya yang masih menganggur. Ada yang berpakaian suit hitam lengkap berkasut dan bertight-in. Ade yang hanya memakai selipar dan bertshirt round neck. Ade yang hanya mengenakan kemeja berkonsepkan kasual dan macam-macam lagi. Dalam hatiku tertanya, berapa peratus agaknya peluangku untuk terpilih dalam kalangan yang akan disenarai pendekkan untuk ditemuduga kalau macam inilah ramainya manusia mencari kerja. Namun, hatiku masih positif dan terus melangkah menuju ke booth-booth pilihan.

Alhamdulillah, antara booth-booth yang menjadi pilihan kami untuk dihantar resumenya ialah
1. Frost and Sullivan GIC Malaysia Sdn Bhd
2. Panasonic Appliances Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd
3. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON)
4. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
5. Sime Darby Holdings Berhad
6. Top Glove
7. UEM

Di booth PROTON

Selesai bermundar-mandir di sekitar booth, kami disapa oleh seorang committee yang mengajak kami untuk ber'coffee table talk' bersama staff PETRONAS. Berkongsi pengalaman dan mengusulkan persoalan sekiranya ada. Tak sempat nak bertanyakan nama beliau, tapi apa yang sempat kami tahu mengenai beliau ialah,

Beliau bekerja sebagai HR officer di PETRONAS
Suami beliau bekerja sebagai Mechanical Engineer
Seorang graduan sarjana muda dalam bidang Pengurusan (Management)
Pernah bekerja di syarikat lain sebelum bekerja di bawah PETRONAS. Katanya untuk mendapatkan pengalaman bekerja.

Dan antaranya yang dibincangkan semasa table talk tadi ialah,

Dalam syarikat PETRONAS, hanya dibenarkan dua orang sahaja siblings yang boleh bekerja di bawah PETRONAS. Dan jika ada ayah /emak yang bekerja sebagai staff PETRONAS, ia tak mengurangkan kuota ahli keluarga yang masih menetapkan hanya dua orang anak mereka sahaja yang boleh bekerja di bawah naungan PETRONAS.

Persaingan dalam mendapatkan pekerjaan di PETRONAS sangat sengit. Perkara pertama yang di ambil kira semasa tapisan awal ialah CGPA which must be above second upper level. Then they will look further into your previous jobs experiences. To those who already experience working with sub-company of PETRONAS, they will be consider to be in the first line up to be selected.

Bila ditanya mengenai pendapat beliau tentang masa depan seorang fresh undergraduate sama ada perlu teruskan pengajian ke peringkat MASTER atau mencari pengalaman dengan BEKERJA, which one is better. Dan jawapan beliau ialah sekiranya cita-cita yang ditanam pada awalnya memang ingin menjadi seorang jurutera, the best way is to gain working experience rather than pursuing studies.

Coffee-table talk. Wajib ada COFFEE bak kata akak tu. Haha

Macam-macam jugak yang dikongsikan. And one more thing which pretty much annoyed me was that they told us that only applicants who are graduated / freshgraduate will be entertained at the first place disebabkan kebanyakan company sangat memerlukan tenaga kerja sekarang. Dan boleh dijangka, bila tiba bulan jun nanti, confirm kebanyakan position dah dipenuhi. And they also remind us to ensure that the resume has to be keep updated before submit it to selected companies.

Balik dengan penuh hampa. Bila kelihatan ramai yang terkejar-kejar mencari kerja, diriku pula tersekat di antara dua perkara. Iaitu masa depanku sama ada hendak teruskan ke pengajian MASTER atau terus mencari kerja. It keep playing around in my mind all day.

Job seekers done! Now, lets move to the other part of the story. Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki di bumi Petaling Jaya ini, kami mengambil keputusan untuk menjengah satu pasaraya yang menjadi lokasi wajib pelajar CFS untuk meluangkan masa di hujung minggu yakni MID VALLEY MEGAMALL. Seriusly, banyak betul perubahan yang berlaku.

Akibat tahan lapar dari tengahari. Pukul 530pm baru dapat makan. Terus bantai COMBO A dan Set Cheese Zinger Burger. Haha.

Sementara tunggu azan maghrib, layan ice-blended versi Old Town White Coffee. Hanya RM8.90 sahaja!

Gambar bajet satu. Sekali sekala. Haha.

Alhamdulillah, selamat pulang ke UIA jam 1000pm. Penat. Sampai bilik terus landing atas katil sambil membelek twitter/fb menerusi iPhoneku. And thats the end of todays story. Quite a tiring day but really have fun with them. Tak berhenti bersembang dan bergelak ketawa sepanjang trip. Haha. By the way, thanks to Zaini, Rahman and Nazreen. You have made my day. Wallahualam.

Comments