Mechanical Vibration bersama Dr. Nabilah


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai kelas pertama di hari pertama sem ni. Kelas MECHANICAL VIBRATION. Dapat lecturer best! Muslimat. Maaf mungkin yang bukan UIA tak biasa dengan term tu. Maksudnya seorang perempuan. Agak muda. Mungkin sudah berpunya. Haha. Terasa sensitif pulak kalau tanya beliau soalan tu. Apa yang menarik perhatianku adalah the way she attract us in her teaching. Graduan PhD dari University of Southampton, United Kingdom. Study Master di UTM Skudai dalam research. Juga bekas student Automotive Engineering IIUM. Waah!


Setelah menjalani sedikit kegiatan 'stalker' di website-website universiti tempat beliau belajar sebelum ni, inilah hasilnya (di bawah). Haha.


MSc : Identification of Ground Vehicle's Aerodynamic Derivatives Using Neural Network
PhD : The Vibration of Fluid-Filled Hoses in Automotive Hydraulic Systems

Kebetulan masa lecture tadi, Dr Nabilah ada discuss pasal Tacoma Bridge. At the first place, aku tertanya ape tu Tacoma Bridge? Kenapa dengan Tacoma Bridge? Kat mana pun Tacoma Bridge tu?  Haha. Memang tak tahu menahu langsung pasal kisah Tacoma Bridge ni. Ketinggalan zaman betul aku ni. 


Then, nak dipendekkan cerita, Tacoma Bridge ni satu ketika dulu roboh disebabkan  angin kencang. Scientifically, frequency of the wind match the natural frequency of the bridge, makes the bridge to swaying around before collapsed. Honestly speaking macam tak logik jalan yang bertar dan jambatan yang berkonkrit tapi boleh berhayun macam sehelai kertas yang ditiupkan angin. Tak percaya, boleh klik [SINI] untuk tengok videonya. Menarik!

Papepun, permulaan sem yang baik. Alhamdulillah. Harap semangat ni dapat kekal hingga habis sem. Wallahualam.

Comments