Tukar

Assalamualaikum.

Aku tak tahu kenape lah aku cepat sangat bosan dengan sesuatu. Kalau dulu susun atur bilik kat umah aku. Setiap kali masuk hari raya jer mesti tukar floor plan. Aku maksudkan HARI RAYA iaitu Raya Puasa dan Raya Haji. Kire boleh kata setiap tahun mesti tukar lah.

La ni pulak, paling ketara boleh tengok kat blog aku ni. Mula-mula tukar Tajuk Blog. Sampai tahap aku dah terlupa tajuk blog yang mula-mula aku pakai masa first-first aku berblogging dulu. Haha. Pastu pulak kalau korang tengok blog template aku, hmm asyik tukar jer. Sebab dah muak tengok design yang sama jer setiap kali berblogging. Aku pun tak tahu nak kata ape. Mungkin ini kekurangan yang ada kat aku kot. Cepat terasa bosan dengan sesuatu benda.

Tapi dalam isu berblogging pulak, aku tengok ramai member aku yang gune template same jer dari mule-mule die berblogging. Paling tak pun ade la ditukar 2 or 3 kali dalam 3 tahun. Tapi still ramai jer yang blogwalking kat blog die. Siap ade beribu-ribu follower lagi tu. Yang aku ni hmm takyah nak kata beribu, beratus pun belom sampai. Haha. Tapi memang aku akui, aku bab menulis ni bukan power sangat pun. Nak tulis ayat bersastera, jangan haraplah. Isi setiap post pun belum tentu bermanfaat. Tapi macam aku pernah kata dulu la, blog aku ni pun sebenarnya untuk aku baca jer just sebagai my personal diari. Tapi kalau ade orang lain nak baca takde masalah. Silakan. Hmm.

Tapi kekadang Tukar Templates ngan Tajuk Blog aku ni pun boleh jadi HOBI sampingan aku jugak kan. Haha.

Ok lah. Setakat ni jer dulu sementara Tajuk Blog aku masih 'SEKADAR CATATAN'. Agak-agak lepas ni ape pulak kan. Haha. Wallahualam.

Comments