Cinta dan Jodoh

Assalamualaikum.



Selalu timbul dalam kotak fikiran aku, kenape lelaki mesti perlu bercouple? Mungkin tak semua lelaki, tetapi ade sesetengah tu mesti nak ade awek. Kirenye kalo takde tu macam dah bosan hidup. Haha. Lebih kurang cam tu la.







Hmm. Sebagai contoh ade seorang sahabat ni dia dah bercouple dengan si A, then tetibe pulak si A ni dah curang dengan die. So, dorang pun clash. Then tak sampai sebulan lepas tu pulak die nak cari orang lain sebagai pengganti si A ni. Jalan punya jalan tetibe jumpe si B. Kebetulan si B ni lagi comel dari si A ni. Hmm. Malangnya dah beberapa bulan punya couple, tetibe family si B ni tak restui hubungan mereka berdua atas sebab tertentu. Sahabat aku ni pun ambek langkah selamat terus clash. Then tinggal la keseorangan lagi. Pastu, tengah-tengah study terasa bosan then terjumpa pulak dengan si C ni. Si C ni nampak lebih mewah sikit then jenis yang sporting gak lah. SO, sahabat aku ni pun ambek langkah untuk bercouple dengan die. Begitulah

seterusnya.



Tapi yang aku tak paham ni, ape sebenarnya matlamat mereka2 bercouple yek? Adakah hanya untuk mengubati rasa bosan mereka. Maklumlah, bila terasa bosan jer, message2 ngan awek. Hmm. Kredit confirm la setiap hari kena topup punya. Tapi ape ade hal, awek punye pasal. haha. Ade jugak aku terfikir, terasa rendah betul nilai seseorang tu bila senang-senang nak dimiliki oleh semua gadis kat luar sana.



Tapi kekadang ade betul jugak. Maksud aku, aku pernah jugak terasa teramat bosan tak tahu buat ape. Pernah jugak aku rase diri aku ni tak disayangi, diri aku dibenci orang, diri aku diperkotak-katikkan oleh orang. Memang tertekan dan stress. Bila pikir2 balik, mungkin awek ni boleh menyanyangi kita seperti yang kita mahu. Awek ni boleh mencintai kita dan menjaga kita. Hmm. Tapi Cinta macam tu takkan kemana dan takkan lama. Percayalah. Cinta kepada Allah sahaja yang akan kekal sampai bila-bila. Insyallah.



Bercakap pasal cinta ni pulak, ade ke patut, tengah chat ngan junior semalam menerusi fb. Dia ade tanya aku bila nak kahwen pulak. Aduss. Macam jauh lagi jer. Jodoh pun belum sampai. Nak couple-couple ni memang tak berminat. Cinta lepas kahwin baru BEST. Hahaha. Teringat pulak aku Jodoh ni terbahagi kepada 3 jenis bak kata pak cik dalam Cerita SYURGA CINTA. Tu pun kalau korang tengok la. Hmm.



Pertama : Jodoh dari Syaitan

Korang berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat. Akhir dia mengandung baru korang bernikah.



Kedua : Jodoh dari Jin

Korang berkenalan, kau sukakan dia tapi dia tak sukakan kau, kau bomohkan atau sihirkan agar dia sukakan kau, dan korang berdua bernikah.



Ketiga : Jodoh dari Allah

Korang berpandangan mata terus menusuk ke qalbu, kau terus meminang dia dan dia terima pinangan kau, korang berdua bernikah. Insyallah berkekalan hingga ke akhir hayat dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.



Haha. Saje takde keje cerite pasal jodoh pulak. Member2 and senior2 ramai yang dah mula dirikan rumah tangga. Hmm. Hujung minggu ni jer dah kena attend dua majlis walimah kat Gombak. Mane satu la aku nak pegi dulu ek. Hehe. Wallahualam.



p/s : just my personal opinion. kalau ade yang terasa, aku mintak maap awal2. takde niat di hati. cuma nak keluarkan isi hati jer. Woha!



Comments

  1. suke bace...sy setuju cinta lepas kawen lagi best..hehe..

    ReplyDelete
  2. Rul, kau nye contoh tu bukan contoh dah tu. Betul betul kejadian. Kang kecik hati kawan bila baca. Tapi takpaaa, aku suka ! Haha

    ReplyDelete

Post a Comment