Welcome to the FAMILY!
Assalamualaikum.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Bulan penuh barakah buat aku dan keluarga. Syukur. Dalam sebulan kami sekeluarga telah menerima dua ahli baru dalam keluarga kami. Dahulunya hanya 12 orang termasuk anak buahku 3 orang. Dan kini sudah menjadi 14 orang kesemuanya.
Tanggal 31 Oktober 2015, adik bongsuku telah selamat diijab qabulkan dengan pasangan pilihan hatinya, Maryam Rufaida binti Dzulkefli. Dan majlis walimah sebelah lelaki diadakan pada tanggal 1 November 2015 iaitu keesokannya. Alhamdulillah. Secara tak langsung kini mak ayahku dah mempunyai 6 orang besan (3 keluarga ipar). Perasaan aku? Agak bercampur baur. Tak terlintas dalam fikiranku yang antara kami bertiga, yang bongsu 'jalan' dulu. Sungguh, rasa terkejut sebenarnya. Tapi itulah yang dikatakan jodoh. Kekadang Allah rencanakan ia secara tetiba dan seakan kejutan di tengah-tengah plot dalam pentas kehidupan hamba-NYA. Tahniah Arif! Moga dikurniakan kekuatan dalam merentasi cabaran hidup berkeluarga dan jadilah suami yang boleh menghidupkan suasana 'islam' dalam hidup berkeluarga. InsyaAllah.
Walimah sebelah perempuan | Masjid UNITEN Bangi | 31st Oktober 2015
Walimah sebelah lelaki | Bandar Tasik Puteri | 1st November 2015
Tanggal 22nd November 2015 pula, satu lagi kejutan yang memang sekian lama dinantikan khususnya oleh mak ayah ku. Seorang lagi cucu. Cucu kedua yang lahir di luar negara. Sebelum ini Nazrul Arham yang dilahirkan di Yaman dan kali ini pula Nur Salma binti Nazrul Aman yang selamat dilahirkan di Dubai. ALHAMDULILLAH. Maksud disebalik nama yang diberi boleh rujuk gambar di bawah.
Nur Salma binti Nazrul Aman
Syukur alhamdulillah. Welcome to our family!
Disebalik majlis walimah adikku tempoh hari, aku selaku tuan rumah merangkap penyambut tetamu. Sungguh sampai tak terkira ungkapan yang maknanya sama dilontarkan kepadaku. Oleh rakan taulan. Oleh sahabat handai. Oleh saudara mara. Oleh jiran-jiran. "Adiknya sudah, abangnya bila pula?"
Perasaan aku ketika itu? Seolah ingin membidas lontaran tersebut dengan ungkapan, "Nenek moyang kamu sudah 'pergi', anda bila lagi?" HAHA
Andai aku ada jawapannya, nescaya akan terus ku jawab on the spot. Tapi apa kan daya. Jawapannya sudah pun terjawab di helaian post sebelum ini. Mohon rujuk kembali. Tapi apa yang aku minta, cuma doakan yang terbaik buat diriku. Amin.
Comments
Post a Comment