Thursday, 10 November 2011

Broga Hill berjaya ditawan.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Berkesempatan jugak aku untuk mencoretkan sesuatu tika dalam keadaan 'FREE' walaupun hakikatnye banyak assignment yang bertimbun atas meja.

Pengalaman PERTAMA aku melakukan pendakian di Subuh hari. Actually belum masuk Subuh pun. Yeah! Bukit Broga berjaya ku TAWAN dalam masa hampir 1 jam setengah. Rasenyer. Haha. Malas nak melalut. So, pokok ceritenye, semalam bersamaan 091111 (lawa gak tarikhnyer tu) aku bersama 10 lagi sahabatku yang lain telah melakukan pendakian di Bukit Broga. 5 lelaki 6 perempuan.

First time mendaki bersama sahabat UIA, first time mendaki di tengah kegelapan pagi buta, first time mengimami solat subuh dipertengahan perjalanan yakni di atas bukit tu, first time mengambil gambar scene kat atas bukit secara LIVE dan macam2 lagi la first time. Haha.

..kami bersebelas, not all UIA-ians actually. Pun baru jer kenal sepanjang pendakian..

..bersama kenalan baru dari UiTM Shah Alam student Engineering..

..tenang betul bila merenung kebesaran Allah tika matahari terbit..

Harap2 pendakian kali ini bukan pendakian terakhir buatku. In other words, siape yang nak mendaki memane lepas ajak la aku yer. Terasa BEST pulak sukan jenis ni. Eh2 ni sukan ke ek. Haha.

p/s : Thanks for the invitation you guys.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...